Harian Metro

UNITED CERIA, ARSENAL BERDUKA

Solskjaer bengang jadual padat menanti sebelum ke Gdansk, Poland pada 26 Mei

- AFP

Ole Gunnar Solskjaer mengkritik pihak yang bertanggun­gjawab kerana menyebabka­n Manchester United perlu melalui jadual padat selepas skuad bimbingann­ya mara ke pentas final Liga Europa semalam.

United menempah tempat ke final pada 26 Mei ini bertemu Villarreal di Gdansk, Poland selepas meraih kemenangan menerusi agregat 8-5 sekalipun tewas 2-3 kepada Roma pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Stadio Olimpico.

Kini barisan pemainnya perlu melalui empat aksi Liga Perdana Inggeris dalam tempoh 10 hari selepas dua gol Edinson Cavani memastikan United dapat menyekat kemaraan Roma.

United akan berkunjung ke Aston Villa esok dan menanti kunjungan Liverpool pada Khamis sebelum bertemu Leicester serta Fulham selepas itu.

“Ia dilakukan oleh mereka yang tidak pernah beraksi bola sepak pada tahap ini,” kata Solskjaer.

“Secara fizikal sangat mustahil untuk pemain. Kami tidak diatur dengan baik. Kami memerlukan pembabitan semua pihak untuk keempat-empat perlawanan ini. Apapun kami perlu bersedia.”

Pengendali dari Norway itu turut berang dengan aksi hambar barisan pemainnya semalam sambil mengakui jika tidak kerana aksi cemerlang pada separuh akhir pertama yang menyaksika­n United menang 6-2, mereka mungkin akan dikecewaka­n oleh Roma.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir membabitka­n wakil Inggeris, Arsenal dikecewaka­n Villarreal yang dikendalik­an bekas jurulatih mereka Unai Emery.

Keputusan seri 0-0 di Emirates sudah cukup untuk membolehka­n wakil Sepanyol itu mara ke final menerusi agregat 2-1.

Secara fizikal sangat mustahil untuk pemain. Kami tidak diatur dengan baik Solskjaer

 ??  ??
 ??  ?? SOLSKJAER
PEMAIN Man United meraikan kejayaan mara ke pentas final Liga Europa.
SOLSKJAER PEMAIN Man United meraikan kejayaan mara ke pentas final Liga Europa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia