Sambutan “Rimbunan Raya” Di Fahrenheit88
FAHRENHEIT88
meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini bertemakan Rimbunan Raya, dimeriahkan dengan dekorasi yang menarik dengan hiasan lampu perayaan dan dikelilingi oleh pokok hiasan. Para pembeli juga disajikan dengan Bazaar Raya yang mempunyai pelbagai jenis pilihan cenderahati yang menarik serta kuih/biskut raya yang beraneka jenis bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2021.
Kolaborasi hebat antara Fahrenheit88 dan Belokal dalam menjayakan “SamaSama Raya Bazaar” menampilkan lebih 20 gerai yang mempamerkan berlainan produk tempatan yang menarik. Antaranya adalah barangan fesyen terkini, aksesori buatan tangan, beg tote, sabun, kasut, pelitup muka dan penanda buku, serta banyak lagi.
Tidak dilupakan juga jika para pelanggan yang ingin menghadiahkan set hadiah bertemakan raya kepada keluarga dan sahabat tersayang, anda boleh menemuinya hanya di Fahrenheit88.
Raikan bersama dengan pelbagai tawaran perayaan yang menarik di Afternoon, Aldo, Bookxcess, The Body Shop, Carlo Rino, Celebrity Fitness, Curiosity, Eye Tech, Feith, Leather
Avenue, MR DIY, Pandora dan Skechers.
Para pelanggan boleh menebus ganjaran yang menarik dengan “Lucky Raya Rewards” bermula sekarang sehingga 31 Mei 2021 dengan hanya berbelanja minima RM100 dalam satu resit di Fahrenheit88. Terhad kepada dua pembelian setiap hari.
Raikan sambutan Aidilfitri anda dengan “Fahrenheit88 Special Raya Cookies” yang berharga RM1 apabila anda berbelanja minimum RM150 dalam satu resit. Terhad kepada satu pembelian setiap hari, sementara stok masih ada.