Harian Metro

Scha bangga mampu beli kereta mewah

-

Pelakon Scha Elinnea mengakui bangga dengan diri sendiri apabila membeli kereta mewah, Mercedes-Benz A180 AMG yang dianggarka­n bernilai lebih RM200,000 pada usia 21 tahun.

Scha berkata, itu adalah kereta idamannya dan mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak pernah membayangk­an dapat membeli kereta idaman seawal usia ini. Alhamdulil­lah, saya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup. Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan dan doa berterusan daripada ahli keluarga saya.

“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.

“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurut Scha, selepas ini dia menyasarka­n untuk

Saya tidak pernah membayangk­an dapat membeli kereta idaman seawal usia ini”

Scha Elinnea

membeli rumah pula.

“Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya sasarkan untuk beli rumah pula. Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunaka­n hasil titik peluh sendiri,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Scha berkata dia masih terbabit dengan penggambar­an drama Selamat Datang Cinta terbitan A Aida Production dan dijangka tamat dua hari sebelum sambutan raya.

“Sekarang ini saya masih terbabit dengan penggambar­an drama untuk siaran Salam HD. Insya-Allah, dua hari sebelum raya akan tamat. Tahun ini saya beraya di Cyberjaya saja sebab tidak boleh pulang ke kampung di Kedah,” katanya.

 ??  ?? KERETA mewah Mercedes-Benz A180 AMG yang dianggarka­n bernilai lebih RM200,000 dibeli Scha.
KERETA mewah Mercedes-Benz A180 AMG yang dianggarka­n bernilai lebih RM200,000 dibeli Scha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia