Harian Metro

Pinjam along untuk persiapan Aidilfitri

-

Johor Bahru:

Disebabkan kehilangan pekerjaan, ada yang terpaksa meminjam wang daripada pemberi pinjam wang haram atau along untuk membuat persiapan Aidilfitri.

Walaupun pinjaman dibuat membabitka­n jumlah yang kecil, perbuatan itu ibarat mengundang musibah apabila mereka terjerat dengan kerakusan lintah darat itu.

Ketua Biro MCA Penyelaras­an Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, setakat ini beliau menerima aduan daripada lebih 10 individu selepas terjerat dengan bayaran bunga yang terlalu tinggi.

Katanya, individu terbabit hanya meminjam dalam jumlah RM1,000 hingga

RM2,000 namun disebabkan kadar bunga atau faedah yang tinggi, mereka terpaksa membayar dua kali ganda malah lebih.

“Jumlah yang dipinjam tidak besar, tetapi boleh jadi besar selepas dikira dengan kadar faedah terlalu tinggi sehingga ada yang mengadu tidak mampu melunaskan hutang mereka yang semakin berganda.

“Biasanya mereka meminjam kerana mahu membuat persiapan raya, beli baju anak dan hantar kepada keluarga di kampung,” katanya.

Menurut Tay, sejak awal tahun ini, hampir 50 peminjam ceti haram membuat aduan kepadanya kerana tidak mampu membayar kadar bunga yang tinggi.

Katanya, berdasarka­n pengalaman­nya mengendali­kan kes mangsa along, terdapat tiga kategori kategori along.

“Kategori along yang ganas akan bertindak melemparka­n cat merah, membuat ugutan dan tidak teragak-agak untuk bakar kenderaan atau rumah peminjam.

“Bagi along kategori sederhana, mereka menggunaka­n tekanan dari segi kadar faedah yang tinggi. Ada along yang berhemah dan boleh bertolak ansur dari segi tempoh pembayaran.

“Namun, apapun kategori along, elak meminjam wang daripada mereka dalam apa juga keadaan kerana hidup akan menjadi sengsara dan tidak tenteram apabila termasuk dalam jerat along,” katanya.

“Apapun kategori along, elakkan meminjam wang daripada mereka Tay

 ??  ?? TAY menunjukka­n laporan polis yang dibuat oleh peminjam along.
TAY menunjukka­n laporan polis yang dibuat oleh peminjam along.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia