Harian Metro

TAK PERLU PANIK roket

Kebarangka­lian objek re-entry Long March 5B timpa manusia, struktur bangunan sangat rendah

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Orang ramai tidak perlu bimbang terhadap bahaya objek re-entry roket Long March 5B milik China yang dijangka jatuh ke bumi antara 7 hingga 9 Mei ini kerana keberangka­lian untuk menimpa manusia atau merosakkan mana-mana struktur bangunan adalah sangat rendah.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah berkata, memandangk­an 70 peratus daripada muka bumi terdiri daripada air dan keluasan kawasan Malaysia adalah kecil berbanding dengan keluasan muka bumi.

“Lokasi sebenar re-entry ini masih tidak dapat diramal dengan tepat pada masa kini dan pihak MYSA akan memaklumka­n perkembang­an peristiwa re-entry ini dari semasa ke semasa.

“Ramalan terkini re-entry roket Long March 5B akan jatuh ke bumi dijangka antara 7 Mei jam 9.34 pagi sehingga 9 Mei pada jam 3.34 petang waktu Malaysia.

“Sisa roket masih mengorbit dan semakin menurun menghampir­i re-entry zon,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, status ketinggian terkini roket itu setakat semalam adalah pada ketinggian 198.3 kilometer (km) dari paras laut dan lokasi re-entry antara latitud 41.5° Utara dan latitud 41.5° Selatan.

“Roket Long March 5B dilancarka­n pada 29 April lalu untuk menghantar modul teras stesen angkasa China yang dinamakan Tianhe dan seberat 22,600 kilogram ke orbit pengoperas­iannya di angkasa.

“Bagaimanap­un, peringkat teras roket Long March 5B mencapai ketinggian yang cukup tinggi untuk mengorbit bumi selepas penghantar­an modul Tianhe.

“Orbit sisa roket ini adalah orbit jenis elips dengan ketinggian paling dekat 170 km dan ketinggian paling jauh

372 km dari paras laut muka bumi,” katanya.

Azlikamil berkata, disebabkan seretan atmosfera yang kuat pada orbit, sisa roket itu dijangka akan re-entry ke muka bumi dalam beberapa hari selepas penghantar­an.

“Untuk makluman, lokasi re-entry sebenar sisa roket ini tidak dapat diramal dengan tepat sehingga beberapa jam sebelum re-entry berlaku.

“Berdasarka­n kepada prinsip saintifik, kebiasaann­ya akan terdapat unsur ketidakpas­tian yang berkaitan bagi sebarang pengukuran atau ramalan yang dihasilkan.

“Dalam kebanyakan kes re-entry ke ruang atmosfera, ketidakpas­tian yang berkaitan bagi ramalan lokasi re-entry adalah sangat besar disebabkan perubahan kadar ketumpatan lapisan atas atmosfera, sifat fizikal objek re-entry seperti jisim dan komposisi bahan serta lokasi dan kelajuan objek ini,” katanya.

Menurutnya,

setiap pelancaran roket kebiasaann­ya akan meninggalk­an serpihan dan memandangk­an saiz roket Long March 5B agak besar, serpihan berkemungk­inan akan terhempas ke bumi juga adalah besar.

“Bagaimanap­un, sebahagian besar serpihan ini akan musnah terbakar di atmosfera dan berkecai menjadi serpihan kecil dan hanya serpihan yang tidak terbakar sepenuhnya sahaja yang akan jatuh ke bumi.

“Orang ramai dinasihatk­an supaya tidak menyentuh atau mengambil sebarang objek yang mencurigak­an disyaki daripada kejadian re-entry ini.

“Hubungi talian kecemasan 999 dan buat laporan, lebih baik sekiranya rakaman video dapat dibuat pada ketika kejadian bagi membantu penyiasata­n kelak.

“Jangan buat sebarang hebahan dan sebarkan sebarang maklumat palsu yang berkaitan re-entry ini dan tunggu maklumat rasmi yang disahkan melalui hebahan media massa dikeluarka­n pihak berkuasa sahaja,” katanya.

Roket milik China dijangka jatuh ke bumi antara 7 hingga 9 Mei

 ??  ?? ROKET Long March 5B dilancarka­n pada 29 April lalu untuk menghantar modul teras stesen angkasa China yang dinamakan Tianhe ke orbit pengoperas­iannya di angkasa. - Gambar fail AFP
ROKET Long March 5B dilancarka­n pada 29 April lalu untuk menghantar modul teras stesen angkasa China yang dinamakan Tianhe ke orbit pengoperas­iannya di angkasa. - Gambar fail AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia