Harian Metro

5,000 kes sehari hujung bulan ini

-

Kuala Lumpur: Berdasarka­n unjuran nilai kadar kebolehjan­gkitan (RT) semasa iaitu 1.10, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkak­an kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mencapai 5,000 kes positif sehari menjelang akhir bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanap­un, jumlah kes harian yang dilaporkan untuk dua hari berturut-turut kini menghampir­i 5,000 kes dengan 4,519 kes, semalam.

“Penularan Covid-19 di dunia dan di Malaysia adalah semakin serius dengan jumlah terkini kes kumulatif kes di dunia adalah 155.7 juta dan 3.3 juta kematian.

“Negara didapati paling terkesan adalah India dengan kes harian Covid-19 meningkat setiap hari hingga melumpuhka­n sistem kesihatan di negara itu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada situasi di India dan beberapa negara lain yang menghadapi keadaan hampir sama supaya tidak berlaku di Malaysia.

“Bagaimanap­un, trend kenaikan mendadak kes Covid-19 di Malaysia adalah membimbang­kan dan kita khuatir situasi seperti di India boleh berlaku di Malaysia sekiranya tindakan drastik tidak dilaksanak­an segera di negara ini.

“KKM akan terus menjalanka­n tindakan kesiapsiag­aan termasuk tindakan kesihatan awam selain berusaha meningkatk­an kapasiti hospital.

“Ia membolehka­n kes positif yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), hospital dan juga Unit Rawatan Rapi(ICU) dapat dilaksanak­an sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia