Harian Metro

PKP 2.0 bantu kekang virus

-

Kuala Lumpur: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 tidak gagal sebaliknya membantu mengekang penularan wabak Covid-19, sekali gus mengelak peningkata­n kes jangkitan harian dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika PKP 2.0 tidak dilaksanak­an, kes harian boleh meningkat sehingga lima angka sehari.

“PKP 2.0 tak gagal kerana kalau tak laksanakan, kes boleh meningkat kepada lima angka. Ada kemungkina­n 10,000 hingga 20,000 kes sehari,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada PKP 2.0 gagal berikutan peningkata­n kes sejak kebelakang­an ini.

Ketika ditanya sama ada negara sudah memasuki gelombang keempat Covid-19, Dr Noor Hisham berkata, KKM masih memantau varian dan jangkitan baharu yang menular dalam negara.

“PKP 2.0 adalah kesinambun­gan gelombang ketiga dan kita masih memantau varian baharu serta jangkitan baharu sebelum mengesahka­n adanya gelombang keempat,” katanya.

PKP 2.0 tak gagal kerana kalau tak laksanakan, kes boleh meningkat kepada lima angka”

Dr Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia