Harian Metro

DPMM khuatir peniaga gulung tikar

-

Pendapat saya kenapa nak bagi kod merah atau tutup pusat beli-belah, orang tak boleh meniaga dan macam mana penyewa mahu bayar sewa bulanan?”

Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur tidak bersetuju dengan langkah kerajaan menyenarai­kan semua premis atau lokasi yang mempunyai risiko penularan Covid-19 dalam sistem Hotspots Identifica­tion for Dynamic Engagement (Hide) bermula kelmarin bagi mengelak peniaga gulung tikar.

Sistem Hide yang dibangunka­n bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkata­n jangkitan Covid-19 menggunaka­n data daripada aplikasi MySejahter­a.

Timbalan Yang Dipertua DPMM Kuala Lumpur, Datuk Mazrol Nizam Abdullah berkata, penyenarai­an lokasi dan premis itu boleh menyebabka­n peniaga gulung tikar atau pusat beli-belah berkenaan bertukar menjadi ‘gajah putih’ berikutan orang ramai takut untuk mengunjung­i lokasi tumpuan itu.

“Yang nak takut sangat sampai libatkan orang sampai tak boleh membeli-belah apa hasil kita dapat, ekonomi makin merudum. You nak jadi hotspot ke, nak jadikan apa pun kena kena faham orang cari makan untuk hidup.

“Pendapat saya kenapa nak bagi kod merah atau tutup pusat beli-belah, orang tak boleh meniaga dan macam mana penyewa mahu bayar sewa bulanan?,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mazrol Nizam berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah itu termasuk pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Buat (laksana) PKP, penyewa dan peniaga semua hancur, kita nak raya patut jalan macam biasa dan biar ekonomi naik macam biasa.

“PKP sana PKP sini, tak boleh bergerak sana sini, yang makin teruk ekonomi. Ramai peniaga gulung tikar dan penyewa bermasalah, kena tengok senario betul-betul, tidak boleh buat begitu,” katanya.

Katanya, semua peniaga sudah mematuhi semua SOP ditetapkan kerajaan seperti pemakaian pelitup muka, cecair pembasmi kuman tangan, pendaftara­n MySejahter­a dan diharap kerajaan memahami serta mewujudkan situasi menang-menang buat semua pihak.

“Saya mohon kerajaan ambil kira semua perkara di atas terutama arahan tidak boleh makan di restoran, pastinya akan menyaksika­n banyak restoran tutup selepas ini,” katanya.

Menerusi satu kenyataan semalam, Menteri Penyelaras Program Covid-19 Kebangsaan (Pick), Khairy Jamaluddin berkata, sistem amaran awal mampu mencegah pembentuka­n kluster Covid-19 baharu sekiranya penyenarai­an lokasi yang dikenal pasti diambil tindakan awal oleh pihak berkuasa, pemilik premis dan orang awam.

Mazrol Nizam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia