Harian Metro

9 SJR di Kuala Lumpur

-

Sembilan sekatan jalan raya (SJR) dilaksanak­an polis Kuala Lumpur sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di ibu kota yang berkuat kuasa kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, SJR itu dilaksanak­an di Jalan Sentul Pasar; hadapan Balai Polis Kepong; Lebuhraya Persekutua­n menghala Kuala Lumpur dan Jalan Klang Lama.

Menurutnya, lima lagi SJR adalah di Jalan 2/27A Wangsa Melawati; Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa; Lebuhraya Bukit Jalil; Jalan Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur dan Jalan

Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur.

“Selain SJR, kita juga akan memperting­katkan pemantauan dan rondaan oleh unit kereta peronda (MPV) serta unit rondaan bermotosik­al (URB) bagi memastikan penguatkua­saan PKP di Kuala Lumpur adalah secara komprehens­if,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Lei Choo berkata, orang ramai disaran supaya mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 serta memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya dapat mendatarka­n lengkuk penularan wabak Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia