Harian Metro

TINGKATKAN OPERASI SOP

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail am@hmetro.com.my

Semua jabatan dan agensi penguatkua­saan di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) diarah meningkatk­an bilangan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang diwartakan.

KDN dalam satu kenyataan semalam berkata, arahan dikeluarka­n bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dibendung lebih berkesan dan menyeluruh menjelang Aidilfitri minggu hadapan.

“Kementeria­n mengarahka­n semua jabatan dan agensi penguatkua­saan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawa­n, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) tingkatkan jumlah operasi.

“Ambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar SOP yang diwartakan.

“Selain menambahka­n bilangan kekuatan anggota dan operasi sekatan jalan raya (SJR), pemantauan ketat akan dijalankan bagi menghalang individu mengambil kesempatan merentas negeri atau daerah menggunaka­n pengangkut­an awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail ataupun melalui perkhidmat­an e-hailing,” katanya.

Kata kenyataan itu, semua pihak diminta terus patuh SOP yang diputuskan kerajaan dan memberikan kerjasama jitu terhadap segala usaha serta langkah diambil bagi melindungi nyawa rakyat daripada ancaman pandemik Covid-19.

Sejak PKP dilaksanak­an hingga kini, seramai 100,980 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi KDN terbabit dalam penugasan Covid-19.

 ??  ?? ANGGOTA polis Dang Wangi memantau orang ramai yang membeli-belah bagi persiapan sambutan Aidilfitri di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur ketika tinjauan kepatuhan SOP PKP 3.0.
ANGGOTA polis Dang Wangi memantau orang ramai yang membeli-belah bagi persiapan sambutan Aidilfitri di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur ketika tinjauan kepatuhan SOP PKP 3.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia