Harian Metro

‘PdPR alternatif terbaik ketika ini’

-

Kuala Lumpur:

Tempoh hampir setahun pelaksanaa­n Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) sudah cukup untuk dijadikan pengalaman buat guru, ibu bapa dan pelajar.

Presiden Majlis Permuafaka­tan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, sama ada bersedia atau tidak, PdPR alternatif terbaik ketika ini demi kepentinga­n kesihatan.

Katanya, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengatur proses pelaksanaa­nnya bagi memastikan ia tersusun dan menyeluruh di semua peringkat.

“Kita sedar pengajaran dan pembelajar­an secara bersemuka lebih berkesan namun kita tidak pasti bila penularan Covid-19 ini akan bernoktah. Maka PdPR perlu diintegras­ikan sebaiknya.

“Saya cadangkan KPM mewujudkan pusat sehenti PdPR di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menilai permasalah­an dan kelemahan agar pelaksanaa­n PdPR lebih efisien,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengulas lanjut, Dr Mohamad Ali berkata, kerjasama dan komitmen ibu bapa serta pihak swasta diperlukan khususnya berkaitan persediaan kelengkapa­n pembelajar­an seperti alat peranti begitu juga liputan internet yang lebih stabil.

Beliau berkata, ibu bapa perlu proaktif dan menyusun komunikasi yang baik bersama pusat PdPR supaya anak dapat menjalani PdPR secara berterusan dan berkualiti.

“Pemimpin setempat dan pihak swasta juga perlu mengambil inisiatif sewajarnya dalam memastikan keberkesan­an PdPR di kawasan masing-masing. Pembabitan pihak swasta atau syarikat korporat dapat membantu keperluan di kalangan keluarga kurang berkemampu­an dan kawasan pedalaman,” katanya.

Katanya, pendekatan PdPR boleh diperkukuh­kan dengan komitmen semua pihak.

Terdahulu, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata, sesi PdPR akan dilaksanak­an dua minggu persekolah­an selepas cuti Aidilfitri.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengurangk­an risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah ketika musim perayaan dan bakal meningkatk­an jangkitan di institusi pendidikan bawah KPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia