Harian Metro

TRAFIK KE PANTAI TIMUR SESAK

Jumlah kenderaan meningkat sejak awal pagi semalam, 75 diarah patah balik

- Kuala Lumpur

Biarpun ibu negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sejak awal pagi semalam.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, jumlah kenderaan meningkat seawal jam 8 pagi semalam menyebabka­n kesesakan terutama di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong.

Menurutnya selain pertambaha­n pengguna jalan raya, kesesakan dipercayai berlaku susulan pemeriksaa­n ketat dilakukan polis di sekatan jalan raya di Plaza Tol Bentong.

LLM di Facebook turut memuat naik gambar menunjukka­n kenderaan yang beratur dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan sejak awal pagi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis

Kelantan

Datuk Shafien Mamat mengesahka­n berlaku peningkata­n pergerakan kenderaan memasuki negeri berkenaan sejak semalam membabitka­n tiga laluan pintu masuk iaitu Gua Musang, Pasir Puteh serta Jeli. Menurutnya, 75 kenderaan turut diarahkan berpatah balik susulan tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri sepanjang pelaksanaa­n sekatan jalan raya di laluan masuk negeri berkenaan kelmarin.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, pihaknya akan menambah lima lagi sekatan jalan raya di negeri itu yang berada di bawah PKP sejak 16 April lalu hingga 17 Mei ini.

“Selain itu, polis juga akan menambah bilangan anggota pasukan penguat kuasa untuk memantau tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam seperti pusat beli-belah,” katanya.

Polis Kelantan akan menambah lima lagi sekatan jalan raya di negeri berkenaan

 ??  ?? KESESAKAN di Plaza Tol Bentong yang dimuat naik di Facebook LLM, semalam.
KESESAKAN di Plaza Tol Bentong yang dimuat naik di Facebook LLM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia