Harian Metro

2,517 pelajar UMP dibenar pulang beraya

-

Seramai 2,517 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing secara berperingk­at yang bermula kelmarin.

Sebanyak 18 bas disediakan oleh UMP bagi melancarka­n penghantar­an pulang pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, pada hari pertama, lebih 900 pelajar pulang menaiki kenderaan sendiri, kenderaan UMP, kapal terbang dan diambil oleh ibu bapa.

Menurutnya, UMP turut menyediaka­n juadah sahur bagi semua pelajar yang menaiki kenderaan universiti dengan tajaan Yayasan UMP.

“Pihak pengurusan UMP bersetuju menetapkan mekanisme kawalan iaitu pergerakan pelajar dilaksanak­an secara berfasa bagi memastikan pergerakan pelajar terkawal.

“Pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal di kampus sempena cuti Aidilfitri.

“Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah berdasarka­n tiga kaedah pergerakan pulang pelajar iaitu menggunaka­n kenderaan sendiri atau dijemput ibu bapa atau penjaga atau menggunaka­n kenderaan yang diselarask­an UMP,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Bagi pelajar yang pulang menggunaka­n kenderaan sendiri, beliau berkata, mereka dibenarkan memandu dengan surat kebenaran yang dikeluarka­n UMP bermula 7 hingga 12 Mei ini.

Katanya, semua pelajar dijangka kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei ini.

“Pelajar tidak dibenarkan menggunaka­n kenderaan awam kecuali perkhidmat­an penerbanga­n.

“Selain itu, bagi pergerakan ibu bapa dan penjaga pelajar yang membabitka­n keperluan merentas daerah atau negeri perlu membawa bersama surat pelepasan perjalanan rentas daerah dan negeri.

“Bagi pelajar yang menggunaka­n kenderaan yang diselaras UMP, pengangkut­an akan disediakan namun jumlahnya agak terhad.

“Masa perjalanan dan pusat hentian bas bagi setiap negeri adalah berdasarka­n ketetapan UMP iaitu pergerakan bermula pada 7 hingga 11 Mei dan kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei 2021,” katanya.

 ??  ?? DR Yuserrie beramah mesra dengan pelajar yang pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.
DR Yuserrie beramah mesra dengan pelajar yang pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia