Harian Metro

Terima simpati jiran

-

“Tuan rumah adakalanya tidak mengambil duit sewa bahkan turut membantu kami empat beranak dengan membelikan barang keperluan.

“Jiran sekeliling juga turut ambil berat, kami bersyukur kerana ramai yang prihatin dengan nasib kami,” kata Nurashikin Ali.

Nurashikin, 47, dari Kampung Sungai Rotan Dua di sini, yang juga ibu tunggal turut menghidap kencing manis dan radang otot.

Menurutnya, pada awal Ramadan, dia dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selama 10 hari kerana penyakit dihidapiny­a.

“Jiran turut menjenguk selain menghulur bantuan kepada tiga anak berusia lapan hingga 19 tahun,” katanya.

Nurashikin ditemui pada kunjungan Persatuan Belia Warisan Perdana, Briged Negaraku dan Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Negeri Sembilan yang turut menyerahka­n sumbangan makanan dan duit raya menerusi Program Mahabbah Ramadan semalam.

Sementara itu, Pengarah Program Muhammad Nazmi Adnan berkata, program bertujuan membantu golongan terutama asnaf menyambut Aidilfitri.

 ??  ?? NAZMI (empat dari kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Nurashikin (empat dari kiri).
NAZMI (empat dari kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Nurashikin (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia