Harian Metro

Cubaan jual mercun RM10,000 gagal

-

Cubaan seorang lelaki untuk menjual mercun gagal apabila dia ditahan polis dan 99 kotak mercun bernilai RM10,000 miliknya dirampas malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, satu pasukan dari Balai Polis Tun HS

Lee ketika menjalanka­n tugas team pematuhan Op Covid-19 menahan kereta Proton Exora dipandu lelaki berusia 50 tahun di tepi Jalan Kenanga.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n di dalam kereta menemukan 99 kotak mercun pelbagai jenis bernilai RM10,000.

“Suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan permohonan reman akan dimohon hari ini (semalam). Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mercun itu dipercayai ingin dijual kepada penduduk di ibu kota sempena sambutan hari raya yang bakal tiba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia