Harian Metro

DOSA BESAR ABAI IBU BAPA

Anak akan mendapat balasan di dunia dan akhirat jika derhaka terhadap orang tua mereka

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri, Nurul Husna Mahmud dan Redzuan Muharam am@hmetro.com.my

Berdosa besar bagi mereka yang derhaka terhadap ibu bapa apatah lagi mengabaika­n mereka.

Pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, Allah SWT menyebut dalam al-Quran ‘jangan kamu angkat suara, jangan tengking kedua ibu bapa kamu dan bercakapla­h dengan mereka dengan percakapan lemah lembut.’

Katanya, oleh itu ulama berbincang sedangkan bercakap dengan ibu bapa pun harus lemah lembut, apatah lagi perilaku dan tindakan anak sepatutnya lebih lagi lemah lembut (tidak boleh kasar).

“Ingat bahawa apabila kita derhaka kepada ibu bapa, sebelum di akhirat lagi anak itu akan mendapat balasan segera di atas dunia ini dan di akhirat pun akan dibalas juga oleh Allah SWT.

“Saya nampak bahawa krisis yang berlaku (ibu bapa diabaikan) ini adalah krisis di mana anak kehilangan agama mereka, tiada iman.

“Ini juga salah ibu bapa kerana tidak memberi didikan agama kepada anak mereka sejak dari kecil dan akhirnya anak-anak ini tidak pandai nak menjaga mak ayah mereka dan tidak sedar pengorbana­n besar ibu bapa dalam kehidupan mereka.

“Melentur anak biar dari rebungnya, tanam sifat kasih sayang, tanggungja­wab terhadap ibu bapa kerana apabila sudah menjadi buluh sukar untuk mereka melakukan penghormat­an kepada ibu bapa jika tidak dididik sedari kecil.

“Jika anak-anak ini sejak kecil dididik, mereka akan takut membuat dosa dan masuk neraka. Jangan ajar anak-anak hidup bertuankan duit atau lebihkan nikmat di dunia tanpa mengajar hukum pahala dan dosa kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, disebabkan ajaran ibu bapa, justeru, akhirnya anak-anak menghantar ke rumah orang tua atau lebih teruk meninggalk­an ibu bapa mereka di tepi jalan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia