Harian Metro

Seludup 13 lembu dari Thailand guna perahu

-

Lelaki tidak dikenali mengheret lembu menggunaka­n perahu menyeberan­gi Sungai Golok dari sebelah sempadan Thailand ke Malaysia”

Azhari

Ekoran permintaan daging yang tinggi, sekumpulan lelaki menyeludup masuk 13 ekor lembu bernilai RM91,000 dari Thailand menggunaka­n perahu menyeberan­gi Sungai Golok di pangkalan haram Mek Gombak, Rantau Panjang, Pasir Mas, dekat sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Superinten­dan Azhari Nusi berkata hasil maklumat yang diterima sepasukan anggota Strike Force PGA7 membuat pemerhatia­n awal di tebing Sungai Golok berhampira­n pangkalan haram Mek Gombak pada kira-kira 10.30 pagi.

“Hasil pemerhatia­n anggota bertugas mendapati beberapa lelaki yang tidak dikenali mengheret beberapa ekor lembu menggunaka­n perahu menyeberan­gi Sungai Golok dari sebelah sempadan Thailand ke Malaysia.

“Seterusnya anggota

PGA7 mengekori kumpulan lelaki yang mengheret lembu itu ke dalam hutan berhampira­n dipercayai untuk disembunyi­kan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, menyedari kehadiran pihak

PGA7, kumpulan lelaki yang sedang mengheret lembu tersebut bertindak melarikan diri di kawasan semak berhampira­n dengan melepaskan tali yang terikat pada lembu.

Azhari berkata, pasukan Strike Force cuba mengejar, tetapi tidak berjaya mengesan kumpulan lelaki tersebut yang disyaki sudah menghilang­kan diri ke dalam hutan.

“Hasil pemeriksaa­n di kawasan semak berhampira­n, pihak PGA7 menemukan 13 ekor lembu. Pasukan serbuan menunggu selama 30 minit di kawasan semalam berdekatan tetapi tiada individu datang menuntut lembu-lembu tersebut.

“Difahamkan, semua lembu itu diseludup masuk ekoran permintaan yang tinggi di sini terhadap daging lembu pada bulan Ramadan selain harga daging yang meningkat tinggi sekarang,” katanya.

Menurutnya, ekoran kejadian itu pihak PGA7 bertindak merampas kesemua lembu tersebut dan membuat laporan polis di Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan agensi yang berkaitan.

“Kesemua lembu yang dirampas dihantar ke Stesen Kuarantin Haiwan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen (11) (1) Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia ( Maqis ) 2011,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia