Harian Metro

BOLEH TAMPUNG 5,000 JEMAAH

Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h Pantai Remis dalam proses pembinaan masih perlukan dana

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Walaupun sudah mengumpul dana dan sumbangan sebanyak RM3.3 juta namun Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h di Kampung Tebuk Yan 2, Pantai Remis, Perak yang kini dalam proses pembinaan masih memerlukan dana sebanyak RM21.7 juta.

Dibina di atas tanah seluas 1.7 hektar, masjid itu kelak akan beroperasi 24 jam khusus untuk majlis seperti pengajian agama, kursus umrah, aktiviti ibadah pada Ramadan dan banyak lagi bagi memenuhi permintaan 17,000 penduduk kampung sekitar.

Jawatankua­sa Pembanguna­n Dana Waqaf Masjid, Ustaz Mohd Safian Abdul Rahman berkata, projek pembinaan masjid yang boleh menampung seramai 5,000 jemaah dalam satu masa dan bakal dinamakan Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h itu sudah bermula pada pertengaha­n tahun lalu dan dijangka siap untuk digunakan pada hujung 2022.

Menurutnya, kerja fasa pertama berjalan lancar dan fasa kedua pula dijadualka­n pada tahun ini sekiranya tiada sebarang kekangan.

“Setakat ini dana dan sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan korporat adalah sebanyak RM3.3 juta. Bagaimanap­un masjid masih memerlukan dana sebanyak RM21.7 juta.

“Disebabkan itu, kami berharap seluruh masyarakat Islam di negara ini dapat membantu untuk memberi sumbangan dana.

“Selain membolehka­n masyarakat setempat menunaikan ibadah fardu dan menjalanka­n pelbagai aktiviti keagamaan serta kemasyarak­atan sepanjang hari, masjid ini juga akan menjadi pusat aktiviti Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat yang melahirkan generasi huffaz yang akan terus menyuburka­n qalam Allah selama-lamanya,” tambahnya.

Projek pembinaan masjid yang dibina bersebelah­an dengan Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, Pantai Remis itu nanti akan mempunyai kemudahan yang lengkap bagi memenuhi keperluan jemaah dan juga kalangan pelajar madrasah.

Antara kemudahan yang turut dirancang dalam pelan pembinaan adalah dewan solat, dewan madrasah, bilik mesyuarat, bilik jenazah, tandas, bazar dan kelas madrasah.

Sementara itu, mudir madrasah Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz Abdul Rahman berkata, madrasah itu menyediaka­n Pengajian Tahfiz al-Quran sepenuh masa sebagai teras pengajian yang memfokuska­n kepada penghafala­n al-Quran beserta tajwid dan qiroat.

“Di sini, pengajian Kitab Turath turut disediakan sebagai menyambung usaha ulama silam dalam menyampaik­an ilmu yang bermanfaat serta penting bagi membentuk kehidupan sosio-agama masyarakat Islam.

“Program ceramah agama yang diadakan berdasarka­n permintaan masyarakat bagi manfaat bersama juga turut diadakan di madrasah ini,” katanya.

Justeru, bagi yang ingin menghulurk­an bantuan, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung Pembanguna­n Masjid Al-Ulum Wattoiyiba­h - 5581 8106 1053 (Maybank) atau melalui laman web https://masjidalul­umwattoiyi­bah.com.

Anda juga boleh hadir sendiri ke Madrasah Darul Ulum Wal Qiroat, No 324, Jalan Pantai Remis, Kg Tebuk Yan 2, 34900 Pantai Remis, Perak atau boleh hubungi terus Ustaz Maulana Jalaluddin Al-Hafiz (0137745568) atau Ustaz Mohd Safian (0126029655).

Disebabkan itu, kami berharap seluruh masyarakat Islam di negara ini dapat membantu untuk memberi sumbangan dana”

Mohd Safian Abdul Rahman

 ??  ?? MASJID Al-Ulum Wattoiyiba­h yang masih dalam pembinaan. Gambar kecil, lakaran model masjid.
MASJID Al-Ulum Wattoiyiba­h yang masih dalam pembinaan. Gambar kecil, lakaran model masjid.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia