Harian Metro

DI SINI MUALAF MENGALAS PERUT

Restoran Perkim sedia makanan percuma setiap hari sejak empat tahun lalu

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Bagi yang mampu, mereka boleh bayar seperti biasa, tetapi kebanyakan mereka turut berinfaq bagi tujuan itu”

Noor Saleza

Sejak dibuka empat tahun lalu, Restoran Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) menawarkan makanan percuma kepada lebih 40 mualaf atau asnaf yang datang setiap hari.

Sebelum pandemik, restoran yang terletak dalam pekarangan Masjid Jamek Ar Rahimiah, Taman Andalas, Klang, Selangor itu bukan sahaja menawarkan makanan percuma kepada asnaf, malah giat memberi sumbangan makanan pada setiap Jumaat bagi penduduk sekitar.

Penolong pengurus restoran itu, Noor Saleza Abdullah, 54, berkata, restoran yang dibuka pada Julai 2017 menjadi tumpuan pelbagai golongan yang tidak berkemampu­an untuk mengalas perut.

“Golongan yang datang biasanya gelandanga­n, mualaf, bekas pesakit hospital dan juga asnaf. Golongan ini tahu Restoran Perkim tidak mengenakan bayaran kepada yang tidak berkemampu­an.

“Bagi yang mampu, mereka boleh bayar seperti biasa, tetapi kebanyakan mereka turut berinfaq bagi tujuan itu.

“Restoran ini berbeza dengan restoran di luar kerana kami diasaskan bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya mementingk­an kebajikan ahlinya selain mereka yang memerlukan.

“Ketika restoran rancak beroperasi sebelum pandemik, setiap hari, kira-kira 50 orang datang makan secara percuma. Mereka tidak perlu takut untuk makan apa sahaja atau sebanyak mana. Ada juga yang membungkus­nya untuk keluarga di rumah,” katanya.

Noor Saleza berkata, pada setiap Jumaat, restoran turut menyumbang makanan hasil infaq orang ramai.

“Pada Ramadan pula, restoran akan meriah dengan program tajaan iftar untuk lebih 150 mualaf, asnaf dan juga kariah. Tidak terkecuali agihan bantuan lain seperti keperluan harian dan persiapan raya,” katanya.

Tambah Noor Saleza, Restoran Perkim juga unik kerana enam pekerjanya membabitka­n mualaf dan asnaf selain pemegang kad Pesuruhanj­aya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) yang juga etnik Rohingya.

“Pekerja restoran yang menggerakk­an operasi ini juga dalam kalangan orang susah, asnaf serta mualaf. Saya sendiri mualaf yang berasal dari Keningau, Sabah.

“Saya ibu tunggal kepada 10 orang anak. Lapan anak hasil perkahwina­n pertama dan dua bersama bekas suami kedua. Kami berpisah pada 2019.

“Ketika ditawarkan bekerja di restoran, saya masih bersama suami kedua dan menjaga seorang anak orang kurang upaya (OKU) terlantar.

“Anak yang lain sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, malah saya tidak mahu menyusahka­n mereka,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur diberi tanggungja­wab menguruska­n restoran berkenaan.

 ??  ?? PRESIDEN Perkim Cawangan Klang, Hushim Salleh menyampaik­an sumbangan keperluan kepada asnaf dan golongan memerlukan di pekarangan Masjid Ar-Rahimiah, Klang.
PRESIDEN Perkim Cawangan Klang, Hushim Salleh menyampaik­an sumbangan keperluan kepada asnaf dan golongan memerlukan di pekarangan Masjid Ar-Rahimiah, Klang.
 ??  ?? PEKERJA Restoran Perkim Klang menyiapkan makanan dalam bungkusan untuk diedarkan kepada asnaf.
PEKERJA Restoran Perkim Klang menyiapkan makanan dalam bungkusan untuk diedarkan kepada asnaf.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia