Harian Metro

Aplikasi WFW terima 49 aduan berhubung isu perburuhan

-

Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) menerima sebanyak 49 aduan berhubung pelbagai isu perburuhan menerus aplikasi Working For Workers (WFW) yang dilancarka­n pada Isnin lalu.

Timbalan Menterinya Datuk Awang Hashim berkata, jumlah aduan juga dijangka meningkat pada minggu depan selepas semua Pusat Tenaga Kerja (PTK) mula menerima aduan termasuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya, aplikasi itu diwujudkan bertujuan melindungi pekerja termasuk warga asing sekiranya berlaku ketidakadi­lan dari mana-mana pihak yang terbabit dalam urusan pekerjaan.

“Selangor dan Kuala Lumpur muncul dua negeri paling tinggi aduan yang diterima selepas lima hari dilancarka­n iaitu sebanyak 15 dan 14 kes.

“Ia diikuti Kedah sebanyak lima kes, Johor (4), Perak (3) dan Pulau Pinang (3) Sarawak (2), manakala Melaka, Pahang dan Terengganu masing-masing mencatatka­n satu kes.

“Pecahan aduan yang diterima melalui aplikasi WFW adalah sebanyak 24 kes daripada pekerja tempatan, 24 kes daripada pekerja asing manakala satu kes membabitka­n pegawai dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Jualan Pra-Syawal di Pasar Tani Kekal (PTK) Guar Chempedak di sini, semalam.

Awang berkata, semua aduan yang dilaporkan itu membabitka­n isu pekerja diberhenti­kan tanpa notis, tidak dibayar gaji dan tiada kontrak pekerjaan.

Katanya, menerusi aplikasi itu pihaknya boleh mengambil tindakan lebih pantas untuk melindungi pekerja tempatan mahupun asing.

“Aplikasi ini juga boleh digunakan oleh penjawat awam, tetapi kita sedia maklum mereka mempunyai prosedur dan lembaga disiplin sendiri, jadi tiada masalah buat mereka. Tetapi, aplikasi ini terbuka kepada semua yang ingin membuat aduan,” katanya.

 ??  ?? AWANG
AWANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia