Harian Metro

Wanita ‘kapak’ kepala teman serumah

-

Seorang wanita berusia 24 tahun cedera di kepala selepas diserang teman serumah dengan kapak dalam kejadian di sebuah taman perumahan di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal di rumah milik seorang lagi wanita berusia 40 tahun.

Katanya, ketika kejadian berlaku pertengkar­an mulut di antara suspek yang berusia 33 tahun dengan mangsa.

“Suspek kemudian menyerang mangsa dengan senjata dipercayai sebilah kapak hingga cedera di kepala.

“Mangsa kemudianny­a menghubung­i wanita pemilik rumah berkenaan dan memaklumka­n mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Haris berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana pemilik rumah terbabit membenarka­n mangsa tinggal serumah dengannya.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, suspek berjaya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam serbuan di lokasi berhampira­n tempat kejadian.

“Mangsa menerima rawatan di wad kecemasan, Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE I). Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n kecederaan menggunaka­n senjata atau lain-lain benda yang merbahaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia