Harian Metro

MAUT DI SISI IBU

Budak 10 tahun dilanggar lori selepas terbabit kemalangan

- Oleh Roselan Ab Malek am@hmetro.com.my

Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun maut di sisi ibunya apabila motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 1, Jalan Bentong-Karak, dekat sini, kelmarin.

Kejadian 1.30 tengah hari itu membabitka­n motosikal, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori membawa muatan balak.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superinten­dan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketika kejadian seorang wanita berusia 28 tahun menunggang motosikal dan membawa anak lelakinya berusia 10 tahun.

Beliau berkata, dua beranak itu dalam perjalanan dari arah Bandar Bentong menuju ke rumah mereka di Benus.

“Semasa di lorong kanan, wanita terbabit gagal mengawal motosikaln­ya lalu melanggar belakang sebuah MPV dan menyebabka­n mereka terjatuh, lalu masuk ke laluan sebelah kiri. “Pada masa sama, sebuah lori membawa kayu balak dari arah belakang tidak sempat memberhent­ikan kenderaan lalu terlanggar budak itu yang berada di atas jalan,” katanya.

Beliau berkata, akibatnya, kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanap­un, katanya, mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zaiham berkata, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sehubungan itu, pihaknya meminta saksi yang melihat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Wanita terbabit gagal mengawal motosikaln­ya lalu melanggar belakang MPV Zaiham

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar lori balak.
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar lori balak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia