Harian Metro

RUNCHIT KL LANGKAH BIJAK

Solusi tanpa tunai dan digital membolehka­n kesinambun­gan perniagaan PMKS

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, Malaysia antara negara yang bertindak segera melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaa­n PKP nyata mengakibat­kan sektor ekonomi negara lumpuh seketika selain banyak industri dan perniagaan terkesan terutama peniaga kecil turut terjejas.

Pengasas Bersama Runchit KL, Khairunnis­a Khirudin, 32, berkata, apabila kerajaan mengumumka­n pelaksanaa­n PKP beliau dan suaminya, Ukasyah Amiruddin tidak berniaga dan hanya duduk di rumah seperti disarankan.

Namun, apabila tempoh PKP dilanjutka­n keadaan itu memberi kesan kepada pendapatan­nya, sekali gus memutuskan untuk berniaga kembali.

Membuka Runchit pada Ogos tahun lalu, disifatkan sebagai langkah berani kerana ketika itu banyak kedai atau premis ditutup.

Khairunnis­a dan suami tetap nekad membuka Runchit KL untuk kelangsung­an perniagaan susu yang sudah dimulakan sejak 2016, tetapi juga dengan niat membantu peniaga kecil yang lain dan keluarga serta rakan yang memulakan perniagaan sampingan kerana terkesan akibat pandemik.

Menurutnya, cabaran terbesarny­a ketika mulai membuka Runchit KL ialah perasaan takut, pelanggan tidak datang kedai, sekali gus jumlah jualan kurang.

“Dari situ kami menggunaka­n cara digital dengan pindahkan perniagaan ke platform dalam talian. Alhamdulil­lah, kami nampak peningkata­n yang banyak terutama untuk penjualan susu,” katanya.

Dengan pandemik ini, Khairunnis­a lihat tingkah laku pembelian pelanggan juga berubah.

Pelanggan kini kurang membawa wang tunai dan lebih memilih membuat pembelian secara dalam talian dan tanpa tunai berbanding cara tradisiona­l.

“Satu lagi perkara yang saya suka selepas bergerak ke arah digital adalah pelanggan boleh membeli untuk keluarga atau rakan di tempat atau negeri lain,” katanya.

Menurutnya, pembayaran tanpa tunai banyak membantu bukan saja kepada peniaga, tetapi juga pelanggan membuat pembelian di kedai atau dalam talian.

“Di Runchit KL, selain pembayaran secara tunai, kita juga menawarkan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi e-Dompet termasuk Boost dan kad debit atau kredit.

“Untuk pengguna Boost yang membeli dalam talian, kita boleh menghantar Boost Business Payment Link kepada mereka untuk membayar dengan mudah sebelum mengirim pesanan ataupun sebelum mengambil pesanan dari kedai.

“Sebanyak 70 peratus pelanggan di Runchit KL memilih membuat pembelian tanpa tunai,” katanya.

Ejen Susu Farm Fresh di bawah Runchit KL, Nuradiana Kamarudin berkata, peralihan perniagaan­nya ke platform digital dan pembayaran tanpa tunai membantuny­a menjadi Top Ejen dalam masa sebulan.

Menceritak­an cabaran perniagaan semasa pandemik, Nuradiana berkata, pelaksanaa­n PKP menyebabka­n perniagaan kedai gunting rambut, RJ Barber yang dibuka bersama suaminya tidak boleh beroperasi.

“Keadaan itu memaksa saya berfikir di luar kotak dan mencuba nasib menjadi ejen susu Farm Fresh sebagai perniagaan sampingan. Alhamdulil­lah, dengan platform digital menerusi media sosial untuk menjual susu, saya berjaya menjadi Top Ejen,” katanya.

Nuradiana juga berkongsi bahawa perniagaan sampingan ini amat membantu dalam menanggung kos perbelanja­an rumah semasa kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi.

Berkongsi mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai, kata Nuradiana, cara pembayaran itu bukan saja menyenangk­an, tetapi ia juga selamat.

“Dengan pembayaran secara tanpa tunai ini sangat memudahkan pelanggan dan kami peniaga terutama dalam menguruska­n akaun serta mengurangk­an risiko kecurian.

“Walaupun adakalanya wang itu mengambil masa dua hari untuk masuk ke dalam akaun, tetapi ia pasti akan masuk,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Rangkaian Peniaga Boost, Eric Chong berkata, semasa pandemik, Boost menumpukan usaha membangunk­an ekosistem peniaga yang mantap kerana menyedari usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) paling terjejas.

Menurutnya, pendigital­an perniagaan terutama menerusi pembayaran tanpa sentuh dan tanpa tunai, ia langkah penting memastikan kesinambun­gan perniagaan.

“Oleh itu, perkara pertama yang kami lakukan pada awal Mac tahun lalu ketika PKP adalah dengan memperkena­lkan ciri pembayaran tanpa sentuhan Boost Business Payment Link seperti yang digunakan Runchit KL. Ciri ini membolehka­n pembayaran dilakukan secara dalam talian tanpa mengimbas kod QR di kedai fizikal,” katanya.

Selain itu, kata Eric ciri pembayaran tanpa sentuh ini senang dan mudah digunakan bagi membolehka­n peniaga menghantar pautan pembayaran URL kepada pelanggan melalui platform pesanan untuk mengumpulk­an pembayaran.

“Dengan cara ini, peniaga dapat melakukan pra-pesanan dan menerima pembayaran sebelum pelanggan mengambil pesanan di kedai,” katanya.

Pada Mac lalu, Boost menjadi sebahagian ekosistem DuitNow QR untuk membolehka­n mewujudkan jangkauan lebih luas bagi rakyat Malaysia menggunaka­n pembayaran tanpa tunai.

DuitNow QR adalah standard QR nasional dan sejagat oleh PayNet.

Dengan DuitNow QR ini, peniaga hanya memerlukan satu kod QR untuk menerima pembayaran dari mana-mana e-dompet atau bank yang sebahagian ekosistem terbabit.

Selain pembayaran tanpa sentuh, Boost juga membantu PMKS menyesuaik­an perniagaan dalam norma baharu ini dengan menyokong peralihan perniagaan ke dalam talian.

Boost menawarkan pakej pendigital­an khusus untuk PMKS bagi memenuhi keperluan generasi pengguna yang mengutamak­an pelantar digital dan mudah alih.

Sebagai contoh, Boost membantu membuat akaun perniagaan WhatsApp, termasuk katalog dalam talian yang boleh dilayari oleh pelanggan mereka.

Dalam aplikasi Boost, sedia ada platform e-dagang Boost Marketplac­e yang memberi saluran kepada peniaga untuk mencapai hampir sembilan juta pengguna.

Cabaran utama PMKS hadapi adalah akses pembiayaan dari sistem kewangan tradisiona­l.

Dengan ini, Boost menawarkan pembiayaan kos rendah menerusi Aspirasi Capital for Boost bagi merangsang­kan semula perniagaan tempatan.

PMKS dapat memperoleh sehingga RM20,000 untuk tempoh 18 bulan, tanpa faedah dan tanpa pembayaran ansuran untuk enam (6) bulan yang pertama.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif dan tawaran Boost untuk PMKS, sila layari www.myboost.com.my/business/.

‘ ‘

Satu lagi perkara yang Dengan pembayaran saya suka selepas tanpa tunai ini bergerak ke arah digital memudahkan pelanggan adalah pelanggan boleh dan bagi kami peniaga membeli untuk keluarga mudah menguruska­n atau rakan di tempat akaun dan kurangkan atau negeri lain” risiko kecurian”

Khairunnis­a Khirudin Nuradiana Kamarudin

 ??  ?? PELANGGAN membeli barang di kedai Runchit KL di Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur tanpa perlu membuat pembayaran secara tunai menerusi kaedah e-Dompet termasuk Boost dan kad debit atau kredit.
PELANGGAN membeli barang di kedai Runchit KL di Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur tanpa perlu membuat pembayaran secara tunai menerusi kaedah e-Dompet termasuk Boost dan kad debit atau kredit.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia