Harian Metro

Kes positif di Goa 51.4 peratus

-

New Delhi:

Satu daripada setiap dua individu yang menjalani ujian saringan Covid-19 di Goa, negeri di barat daya India disahkan positif virus itu.

CNN melaporkan ia menjadikan negeri berkenaan memiliki kadar kes positif tertinggi di negara itu.

Apa yang menakutkan, kes baharu itu hanya dikesan dalam kalangan individu yang menjalani ujian saringan.

Justeru, angka sebenar mungkin lebih tinggi dengan mengambil kira jumlah penduduk di negeri berkenaan.

Pada Jumaat, kadar kes positif di Goa direkodkan sebanyak 51.4 peratus, menurut Menteri Kesihatan Goa, Vishwajit P Rane.

Sehubungan itu, beliau berkata, sekatan pergerakan sepenuhnya perlu dikuatkuas­akan di negeri itu bagi mengekang lonjakan kes.

Dalam pada itu, menurut Biro Maklumat Akhbar Goa, kira-kira 690,360 ujian saringan Covid-19 dijalankan di negeri berkenaan sehingga Jumaat lalu.

Vishwajit berkata, susulan perkembang­an berkenaan, ketua menteri secara serius mempertimb­angkan cadangan untuk melaksanak­an lockdown secara menyeluruh.

“Kita mempunyai isu mengenai bekalan oksigen dan perkara lain. Kita perlu mencari jalan untuk menurunkan jumlah kes baharu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia