Harian Metro

HAMPIR AJAL DISERANG KUTU

Wanita berdepan pertuduhan mengabaika­n anak perempuan

-

Seorang wanita dari Scottsburg di Indiana akan didakwa kerana menyebabka­n anak perempuann­ya hampir meninggal dunia kerana serangan kutu yang serius.

Portal WLKY melaporkan Shyanne Nicole Singh berdepan pertuduhan mengabaika­n anaknya hingga mengakibat­kan kecederaan badan yang serius.

Satu sumber memaklumka­n kanak-kanak berusia empat tahun itu mengalami beberapa masalah antaranya tidak dapat berjalan.

Kakitangan di sebuah hospital memberitah­u tahap hemoglobin kanak-kanak itu berada pada paras terendah yang pernah mereka lihat.

“Tahap hemoglobin kanak-kanak itu 1.7, berbanding tahap normal iaitu 12,” kata pegawai berkenaan.

Pegawai penyiasat juga diberitahu kanak-kanak perempuan itu sudah menerima empat paket darah.

Siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu mempunyai kakak berusia enam tahun yang juga mengalami serangan kutu.

Pegawai penyiasat itu menyifatka­n apa yang berlaku tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Kakak budak itu juga diuji untuk mengetahui sama ada jangkitan kutu turut menyebabka­n kecederaan padanya,” katanya.

Menurut polis, kanak-kanak berkenaan sebelum itu dihantar pulang dari sekolah pada bulan Mac kerana jangkitan kutu dan tidak kembali ke kelas selama 31 hari.

Pegawai Jabatan Perkhidmat­an Kanak-kanak memaklumka­n budak itu ditempatka­n di tempat penjagaan datuk dan neneknya pada bulan lalu.

Neneknya memberitah­u polis dia berusaha merawat kutu itu, tetapi ahli farmasi mengesyork­an untuk membawa cucunya ke hospital kerana tahap serangan yang teruk.

Nenek itu mengatakan dia bertanya kepada ibu mangsa mengenai punca kejadian itu, tetapi wanita itu mendakwa tidak menyedari perkara itu.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia