Harian Metro

Motivator pelik hidap Covid-19

-

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dari Brazil yang dilahirkan dengan bentuk badan yang pelik kini diuji lagi apabila disahkan positif Covid-19.

New York Post memetik The Sun US melaporkan, Claudio Vieira de Oliveira, 44, dari Monte Santo, mengalami penyakit jarang jumpa dikenali arthrogryp­osis multiplex congenita (AMC) yang menyebabka­n kepalanya berpusing ke belakang, lapor The Sun US.

Penyakit itu menyebabka­n Oliveira mengalami atrofi otot di kaki dan tangannya namun itu tidak menghalang­nya daripada menjalani kehidupan termasuk menjadi penceramah motivasi.

“Saya tidak pernah mengalami kesulitan, hidup saya normal.

“Kini, saya terpaksa menjalani kuarantin penuh kerana Covid-19 dan berharap sembuh daripada penyakit yang menakutkan ini, ” kata Claudio kepada agensi berita tempatan

Menurut Claudio, selama ini dia mengambil langkah berjaga-jaga, malah mengasingk­an diri selama lebih setahun dan hanya keluar dari rumah untuk menyelesai­kan urusan penting misalnya hal perbankan.

Berkaitan dirinya, Claudio berkata, dia tidak pernah menjadikan kekurangan­nya sebagai penghalang untuk berdikari, malah sudah berjalan berlutut sejak berusia tujuh tahun.

Claudio juga belajar membaca dan menulis di rumah daripada ibunya.

Walaupun tidak sempurna, Claudio tidak menghadapi masalah melihat, bernafas, makan atau minum.

Antara kejayaanny­a mengeluark­an cakera video digital (DVD) autobiogra­fi dan menjadi penceramah motivasi sejak tahun 2000.

Di samping itu, Claudio aktif sebagai sukarelawa­n dengan projek pendidikan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

 ??  ?? CLAUDIO jalani kuarantin penuh selepas positif dijangkiti Covid-19.
CLAUDIO jalani kuarantin penuh selepas positif dijangkiti Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia