Harian Metro

Koma dihempas 27 kali

-

Menakutkan. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki di Taiwan apabila koma selepas cedera serius akibat dihempas ke lantai 27 kali sewaktu menjalani latihan judo.

BBC News melaporkan insiden itu dipercayai berlaku dua minggu selepas Wei Wei, 7, mengikuti latihan berkenaan.

Wei dilatih oleh jurulatih dan rakan sekelasnya.

Menerusi satu video, kelihatan badan Wei dihempas ke lantai oleh pemain lain yang lebih dewasa semasa latihan judo.

Dalam video sama, kedengaran jeritan Wei yang menahan kesakitan.

“Kaki saya, kepala saya (sakit), saya tidak mahukannya,” katanya.

Meskipun begitu, jurulatih Wei tetap mengarahka­nnya untuk bangun dan meminta seorang rakannya yang lebih tua untuk terus menghempas kanak-kanak itu ke lantai.

Persoalann­ya, ada individu lain di situ termasuk bapa saudara Wei menyaksika­n apa yang berlaku, tetapi tidak cuba menghalang tindakan jurulatih berkenaan.

Bapa saudara Wei sebaliknya membuat rakaman berkenaan untuk memberitah­u ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan judo tidak sesuai buat anak mereka.

Wei meminati kartun Super Mario, sukan dan pernah memenangi tempat ketiga dalam lumba lari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia