Harian Metro

DIMENSI BAHARU

BMW 330Li M Sport kini dengan saiz kabin lebih selesa

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Sebagai kenderaan paling laris yang terjual lebih 2,500 unit tahun lalu di negara ini, BMW 3 Series kini tampil dengan model baharu dengan jarak roda lebih panjang.

Dikenali sebagai BMW 330Li M Sport, selain yang julung kali kali diperkenal­kan, ia juga dipasang secara tempatan dan masih mengekalka­n DNA BMW untuk sedan eksekutif ini.

Dimensi panjang keseluruha­nnya ialah 4,819 milimeter (mm) manakala jarak rodanya 2,961mm.

Ia 110mm lebih panjang daripada model BMW 330i M Sport sedia ada selain 1,441 mm (+6mm) lebih tinggi.

Rekaan luaran menampilka­n gril ‘ginjal’ gabungan hitam dan bingkai krom serta lampu hadapan LED Adiptif yang akan melaras secara automatik mengikut keadaan permukaan jalan raya.

Ia juga yang pertama didatangka­n dengan pakej M Sport Aerodynami­cs dan M Sport Package yang dilengkapi rim aloi jejari berkembar gaya

848 M bicolour bersaiz

18 inci M, paip ekzos berkembar dengan kemasan trapezoida­l, bumbung panorama dan pencahayaa­n ‘selamat datang’ pada kedua bahagian.

Dengan enjin 1,998cc TwinPower Turbo petrol, ia menjana 258 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 400Nm pada 1,550 hingga 4,400 rpm yang dikuasakan dengan transmisi lapan kelajuan Steptronic Sport.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 6.2 saat, kelajuan maksimum

250 km/j dan purata penggunaan bahan api sekitar 6.4 liter untuk setiap 100km.

Bahagian dalaman kabin juga dipertingk­atkan dengan ruang kepala lebih tinggi 4mm dan ruang kaki penumpang bertambah 42mm untuk keselesaan tambahan.

Suasana lebih moden dan mewah dapat dilihat menerusi kemasan aluminium tetragon dengan krom mutiara.

Roda stereng kulit M dan pedal M-Specific menambah ciri sporty model ini.

Antara ciri istimewa lain ialah kerusi pemandu larasan elektrik dengan fungsi memori manakala cermin pandang belakang dan sisi dilengkapi sistem antisilau automatik.

Ia juga datang dengan sistem multimedia BMW Live Cockpit Profession­al dengan paparan digital bersaiz 12.3 inci dan sistem BMW Navigation System Profession­al bersaiz 10.25 inci.

Ia didatangka­n dengan pilihan warna putih mineral dan hitam karbon. Ruang dalamannya pula kemasan lapisan kulit Vernasca Mocha.

Untuk pasaran Malaysia, BMW 330Li M Sport dijual pada harga RM300,800

(atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan serta program penyelengg­araan berjadual percuma.

 ??  ?? PERTAMA kali diperkenal­kan ke pasaran tempatan.
REKAAN hadapan dengan gril baharu dan lampu
LED adiptif.
RUANG kabin elegan dengan sentuhan sporty.
UNJURAN kaki lebih baik untuk penumpang.
BMW 3 Series lebih panjang.
PERTAMA kali diperkenal­kan ke pasaran tempatan. REKAAN hadapan dengan gril baharu dan lampu LED adiptif. RUANG kabin elegan dengan sentuhan sporty. UNJURAN kaki lebih baik untuk penumpang. BMW 3 Series lebih panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia