Harian Metro

SISI BERBEZA MANILA

Teroka tarikan tersendiri di kawasan luar bandar, Tanay di Rizal dan Dingalan di Aurora

- Teks dan foto Kristel Luz rencana@hmetro.com.my

ibu negara Filipina yang cukup dikenali dalam kalangan pelancong sebagai bandar yang sibuk.

Bagaimanap­un, masih ramai kurang mengetahui di sebalik kesibukan itu, terdapat kawasan luar bandar iaitu Tanay di Rizal dan Dingalan di Aurora yang mempunyai tarikan tersendiri.

Pada 2 Februari

2020, penulis bersama adik dan seorang rakan berkesempa­tan ke sana biarpun perancanga­n dibuat pada saat akhir.

Kami menaiki penerbanga­n tambang murah AirAsia yang menyediaka­n perjalanan terus dari Kota Kinabalu, Sabah ke Manila.

Menerusi bantuan agensi pelanconga­n tempatan di Manila, kami memilih untuk meneroka keindahan Tanay dan Dingalan selama tiga hari.

Tanay terletak di wilayah Rizal dengan mengambil masa kirakira sejam 30 minit dari Bandar Metro Manila.

Kami memulakan perjalanan seawal 3.30 pagi bersama-sama pengunjung tempatan.

Antara tempat yang menjadi tarikan utama ialah Treasure Mountain Sea of Cloud, Ladang Kincir Angin Pililla,

Gua Calinawan dan Air Terjun Daranak.

Antara paling melucukan apabila penulis tidak menyangka Treasure Mountain yang terletak di kawasan tanah tinggi agak sejuk.

Penulis yang tidak memakai pakaian tebal terpaksa menahan kesejukan ditambah lagi dengan angin yang agak kuat.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Ladang Kincir

Angin Pililla yang menempatka­n lebih 20 kincir angin.

Pengalaman begitu menarik kerana itu kali pertama penulis dapat melihat kawasan kincir angin sebesar itu di depan mata.

Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Gua Calinawan dengan ditemani pemandu pelancong gua.

 ??  ?? FEEDER Port Dingalan.
FEEDER Port Dingalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia