Harian Metro

MERANGKAK DALAM GUA

Gua Calinawan pernah jadi tempat persembuny­ian Penggerak Revolusi Filipina ketika perang SepanyolAm­erika Syarikat

-

Pemandu pelancong itu memberi taklimat keselamata­n sebelum kami memulakan perjalanan untuk melawat kawasan dalam gua.

Gua yang mempunyai lima lapisan itu memiliki keunikan formasi batu yang terdiri daripada stalaktit dan stalagmit. Kadangkala, kami terpaksa merangkak untuk melewati beberapa kawasan dalam gua berkenaan.

Pemandu pelancong gua itu turut memaklumka­n gua berkenaan pernah dijadikan tempat persembuny­ian Penggerak Revolusi Filipina ketika perang SepanyolAm­erika Syarikat.

Perjalanan kami pada hari pertama diakhiri dengan mengunjung­i

Air Terjun Daranak berwarna biru dan hijau yang memukau sesiapa melihatnya.

Pada keesokan hari, perjalanan dimulakan seawal 2 pagi dengan menaiki van ke Dingalan yang mengambil masa kirakira empat jam perjalanan dari Bandar Metro Manila.

Kami tiba seawal jam 6 pagi di Feeder Port Dingalan dan perlu menaiki bot ke kawasan Pantai Putih dan Mountain View.

Kawasannya sangat bersih dan kami perlu mendaki kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak bukit.

Ia pengalaman yang sukar dilupakan kerana menyaksika­n pemandanga­n dari bukit tinggi dalam kawasan pulau yang sungguh mempesonak­an.

Kami meluangkan masa kira-kira lima jam di kawasan ini sambil berkunjung ke kawasan batuan tepi pulau.

Akhir sekali, kami berkunjung ke Air Terjun Laktas yang hanya kirakira sejam perjalanan dari Feeder Port Dingalan.

Ia menjadi antara perjalanan kegemaran penulis kerana berpeluang merasai pengalaman menaiki traktor kecil sambil menghayati keindahan kawasan perkampung­an.

Perjalanan kami memakan masa kira-kira 30 minit dengan melewati kawasan tanaman padi yang menghijau dan lebih istimewa, kami menyusuri laluan sungai.

Sememangny­a, percutian singkat kami ini agak ringkas, namun tempat yang dikunjungi mempunyai keunikan tersendiri dan amat berbaloi kepada sesiapa yang inginkan kelainan.

Siapa sangka kami sempat ke luar negara sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita pada 18 Mac 2020 disebabkan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

 ??  ?? KEUNIKAN formasi batu Gua Calinawan.
KEUNIKAN formasi batu Gua Calinawan.
 ??  ?? WARNA biru dan hijau Air Terjun Daranak menggamit pengunjung.
WARNA biru dan hijau Air Terjun Daranak menggamit pengunjung.
 ??  ?? KEINDAHAN Treasure Mountain Sea of Cloud View.
KEINDAHAN Treasure Mountain Sea of Cloud View.
 ??  ?? KAWASAN berbatu di tepi pulau.
KAWASAN berbatu di tepi pulau.
 ??  ?? PENULIS (kanan) bersama adik di Treasure Mountain Sea of Cloud View.
PENULIS (kanan) bersama adik di Treasure Mountain Sea of Cloud View.
 ??  ?? TERUJA melihat kincir angin di Pililla.
TERUJA melihat kincir angin di Pililla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia