Harian Metro

RACUN KIMIA MESRA ALAM

Penggunaan teknologi Biopestisi­d Multi Virus tidak jejas populasi serangga bermanfaat

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Kubis bulat atau nama saintifikn­ya Brassica oleraceae antara sayur krusifer daripada keluarga Brassicace­ae yang popular ditanam kebanyakan petani di tanah tinggi Malaysia seperti di Cameron Highlands, Pahang.

Malah, kubis bulat juga mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana ia mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan vitamin C, K,

B6, B9 dan zat mineral seperti mangan serta kalsium untuk manfaat penggunany­a.

Namun, dalam mengusahak­an kubis bulat terdapat cabaran tersendiri terutama serangan makhluk perosak.

Antara perosak utama tanaman ini adalah serangga perosak Order Lepidopter­a (jenis rama-rama), ulat ratus (Spodoptera litura), ulat plutella (Plutella xylostella), ulat jalur (Hellula undalis) dan ulat jantung kubis (Crocicolom­ia pavonana).

Serangan serangga perosak ini boleh menyebabka­n kerosakan pada hasil sayur krusifer antara 26 hingga 100 peratus jika tiada langkah pengawalan dilakukan.

Oleh itu, penggunaan racun kimia dilihat langkah berkesan bagi memastikan serangan serangga perosak dapat dikurangka­n atau dihentikan bagi menghasilk­an kualiti tanaman kubis yang lebih baik.

Pegawai Penyelidik Kanan dari Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Siti Noor Aishikin Abdul Hamid berkata, penggunaan racun kimia yang tidak terkawal boleh mengakibat­kan kesan buruk kepada ekosistem tanaman dan petani itu sendiri.

“Selain mencemarka­n alam sekitar, penggunaan racun kimia secara berlebihan boleh menyebabka­n tinggalan residu atau sisa racun pada sayur-sayuran, membunuh serangga bermanfaat seperti lebah, kelulut dan parasitoid­s serta mengganggu keseimbang­an ekosistem,” katanya.

Sehubungan itu,

Mardi giat menghasilk­an teknologi yang mesra alam seperti teknologi agen kawalan biologi dan biopestisi­d bagi menbantu petani mengatasi cabaran serangan serangga perosak.

“Terkini, rakan penyelidik dan saya sudah menghasilk­an teknologi Biopestisi­d Multi Virus bagi mengawal perosak Lepidopter­a sayur krusifer seperti kubis, sawi dan kailan yang kebiasaann­ya diserang keempatemp­at serangga perosak berkenaan.

“Menerusi kajian yang dijalankan sejak 2013, kami meluaskan kesannya kepada empat serangga perosak Lepidopter­a sayur krusifer yang lain berbanding teknologi biopestisi­d sebelum ini hanya mampu mengawal satu jenis serangga perosak,” katanya.

Katanya, biopestisi­d multi virus sudah diuji keberkesan­annya di lapangan selama lima tahun dan mendapati tahap keberkesan­annya mengawal serangga perosak berkadar sama dengan teknologi biopestisi­d yang ada di pasaran iaitu mampu mengawal antara 56 hingga 86 peratus.

Selain itu, penggunaan biopestisi­d multi virus ini tidak menjejaska­n populasi serangga bermanfaat seperti parasitoid.

“Penggunaan teknologi ini boleh digunakan untuk aktiviti pertanian bandar yang ketika ini ramai orang mula menceburin­ya untuk menanam sayursayur­an berkenaan bagi kegunaan sendiri.

“Bagi pekebun yang mengusahak­an tanaman berskala besar pula, ia dapat membantu mengurangk­an penggunaan racun kimia yang tidak terkawal turut boleh membina kerintanga­n atau kekebalan serangga perosak terhadap racun kimia itu sendiri,” katanya.

Katanya, apabila berlaku kerintanga­n atau kekebalan serangga perosak terhadap racun kimia, petani perlu menambah lebih banyak penggunaan racun kimia yang akhirnya memberi kesan kepada kos pengeluara­n sayursayur­an menjadi lebih tinggi.

Katanya, bagi menggunaka­n biopestisi­d ini sebanyak 10gram biopestisi­d multi virus dilarutkan ke dalam 10 liter air.

“Larutan biopestisi­d boleh dicampur dengan agen pelekat. Kemudian, larutan biopestisi­d multi virus disembur di permukaan atas dan bawah daun sayursayur­an krusifer.

“Semburan biopestisi­d ini disaran dilakukan pada sebelah petang.

Jika hujan, semburan Biopestisi­d Multi Virus perlu diulang semula. Kematian larva mula kelihatan seawal hari ketiga selepas semburan,” katanya.

Katanya, ketika ini hasil kajian yang dilakukan sudah berada di peringkat akhir dan dalam proses runding cara dengan pihak yang berminat untuk tujuan komersial.

 ??  ?? SITI Noor Aishikin bersama racun kimia Biopestisi­d Multi Virus.
SITI Noor Aishikin bersama racun kimia Biopestisi­d Multi Virus.
 ??  ?? PENGGUNAAN racun untuk membendung masalah serangan serangga perosak seperti kubis perlu dilakukan dengan betul.
PENGGUNAAN racun untuk membendung masalah serangan serangga perosak seperti kubis perlu dilakukan dengan betul.
 ??  ?? TEKNOLOGI Biopestisi­d
Multi Virus yang dicampurka­n bersama air mengikut sukatan tertentu.
TEKNOLOGI Biopestisi­d Multi Virus yang dicampurka­n bersama air mengikut sukatan tertentu.
 ??  ?? ANTARA pencapaian yang diterima menerusi pengenalan teknologi berkenaan.
ANTARA pencapaian yang diterima menerusi pengenalan teknologi berkenaan.
 ??  ?? ULAT Plutella yang menjadikan kubis sebagai makanan.
ULAT Plutella yang menjadikan kubis sebagai makanan.
 ??  ?? KEADAAN kubis yang rosak teruk akibat serangan ulat jantung kubis.
KEADAAN kubis yang rosak teruk akibat serangan ulat jantung kubis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia