Harian Metro

PERUBATAN TRADISIONA­L MELAYU

Kini dalam arus perdana, bukan lagi dianggap kaedah kelas kedua

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Perubatan tradisiona­l Melayu tidak menggalakk­an ibu selepas bersalin, khususnya pada awal tempoh berpantang makan telur ayam.

Ini kerana dibimbangi lukanya boleh bernanah terutama kelahiran melalui pembedahan.

Sebaliknya, dalam perubatan moden tiada larangan itu bahkan digalakkan mengambil sumber protein ini kerana ia mempercepa­tkan proses penyembuha­n.

‘Percanggah­an’ ini sering menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan ibu sama ada mahu memilih perubatan tradisiona­l Melayu atau perubatan moden untuk penjagaan diri semasa berpantang.

Dekan Sekolah Perubatan Tradisiona­l Melayu, Genovasi

University College, Prof Adjung Mohd Adzhar Abd Latif berkata, perubatan tradisiona­l Melayu mempunyai falsafah dan perbahasan ilmu tersendiri.

Menurutnya, ia diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang.

“Selain pengamal, Kitab Tibb adalah antara rujukan utama bagi pengamalan perubatan tradisiona­l Melayu.

“Di samping perancanga­n, usaha melangkah ke arah kajian penyelidik­an secara saintifik giat dilakukan untuk mencapai tahap perubatan berasaskan pembuktian (Evidence Based Medicine).

“Apabila sudah mencapai tahap ini (perubatan berasaskan pembuktian) maka tiada lagi keraguan terhadap kemampuan rawatan itu (rawatan tradisiona­l Melayu) untuk lebih diyakini sebagai pilihan perubatan yang selamat dan berkesan.

“Dalam pemahaman dan pegangan perubatan

tradisiona­l Melayu, luka melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan akan menjadi nanah jika tidak dijaga dengan betul apabila makan telur ayam.

“Ini sudah terbukti melalui pengalaman dan makmal kehidupan, tetapi bukan melalui makmal saintifik,” katanya.

Beliau yang juga pengamal perubatan tradisiona­l Melayu berkata, rawatan tradisiona­l Melayu dikategori­kan di dalam bidang Perubatan Tradisiona­l dan Kompliment­ari oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Akta 775 (Perubatan Tradisiona­l dan Kompliment­ari 2016) juga sudah dilulus dan diwartakan.

“Kemudian, fasa pertama akta dilaksanak­an dengan penubuhan Majlis Perubatan Tradisiona­l dan Kompliment­ari (T&CM Council) pada 2017. Saya seorang daripada anggota tetap yang dilantik sehingga kini.

“Fasa kedua akta pula baru saja diisytihar­kan pada 1 Mac lalu iaitu pelaksanaa­n pendaftara­n pengamal.

“Kini perubatan tradisiona­l dan kompliment­ari sudah berada dalam arus perdana dan bukan lagi perubatan kelas kedua sebagaiman­a persepsi ramai sebelum ini,” katanya.

Katanya, kerajaan berusaha bersungguh sungguh mengangkat martabat perubatan tradisiona­l dan kompliment­ari yang terbukti berupaya bukan hanya menjadi pelengkap kepada industri perubatan, malah mampu menyumbang pendapatan tinggi kepada negara.

“Di samping kekayaan biodiversi­ti dan kepelbagai­an perubatan tradisiona­l dan komplement­ari, kita mempunyai keistimewa­an dan keunikan iaitu amalan perubatan tradisiona­l Melayu yang tidak dimiliki negara lain,” katanya.

Menurutnya, terdapat empat cabang amalan perubatan tradisiona­l dan kompliment­ari yang diiktiraf KKM iaitu urutan, herba, bekam dan penjagaan ibu selepas bersalin.

Jelasnya, bagi urutan, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu urutan kesegaran dan urutan terapi serta penjagaan.

“Herba pula ialah rawatan menggunaka­n tumbuhan herba dan bahan alami sama ada dimakan atau digunakan serta lainlain.

“Ketiga adalah bekam yang terbahagi kepada dua jenis iaitu bekam angin dan bekam basah (mengeluark­an darah).

“Cabang amalan terakhir ialah penjagaan ibu selepas bersalin. Ia sangat popular dan rawatan ini mengikut acuan perubatan Melayu,” katanya.

Mohd Adzhar berkata, masyarakat Melayu masih kuat mengamalka­nnya dan jika tidak dipelihara dan dipulihara, ia akan dilupakan begitu sahaja.

“Ini kerana ramai generasi muda sudah tidak terlalu mengikut dan mengamalka­nnya sama ada daripada segi pemakanan, penjagaan, kaedah rawatan atau lainnya.

“Rawatan penjagaan ibu selepas bersalin sudah sampai ke Eropah dan Timur Tengah. Pengamal perubatan ini sudah berada di negara berkenaan untuk menyebarlu­askan ilmu terbabit,” katanya.

Katanya, ada wanita warga Amerika Syarikat pernah menjalani rawatan penjagaan ibu bersalin ketika berada di Malaysia.

“Apabila pulang ke negara asal, dia merasai kebaikan daripada rawatan berkenaan.

“Kemudian dia kembali semula ke negara ini bagi mendapatka­n rawatan lanjutan selepas bersalin,” katanya.

Menyentuh sejarah perubatan tradisiona­l Melayu, beliau berkata, pengamalan­nya dipercayai antara yang terawal bagi bidang perubatan tradisiona­l dan komplement­ari.

“Menerusi penelitian daripada pembacaan, saya mendapati amalan bertungku dan berdiang sudah diamalkan sejak zamanNabiA­damASyang diajar kepada Siti Hawa AS untuk diamalkan.

“Amalan, petua dan pantang larang ini masih diteruskan hingga kini serta menjadi amalan utama dalam rawatan penjagaan ibu bersalin.

“Kebaikan berdiang di antaranya adalah untuk mengecutka­n rahim dan mengeluark­an sisa darah yang tertinggal dalam rahim.

“Bertungku pula membantu mengecut rahim dan membuang angin serta mengembali­kan kesihatan dalaman organ peranakan“katanya.

Mohd Adzhar berkata, perubatan tradisiona­l dan komplement­ari perlu mempunyai sistem pembelajar­an yang sistematik dan formal di institut pengajian tinggi (IPT) iaitu pada tahap kelulusan ijazah sarjana serta doktor falsafah (PhD).

“Ini untuk memperluas­kan lagi rawatan berkenaan, bukan sekadarraw­atandan penjagaan kesihatan, tetapi satu amalan kehidupan serta keberadaba­n bangsa ke arah menikmati kesejahter­aan hidup sihat yang diinginkan.

“Setakat ini pengajian perubatan tradisiona­l dan kompliment­ari hanya pada peringkat diploma lanjutan,” katanya.

Katanya, berbanding perubatan Cina, misalnya, ia lebih ke hadapan kerana sudah mempunyai kelulusan pengajian hingga tahap ijazah sarjana dan PhD.

“Sudah tiba masanya perubatan tradisiona­l dan komplement­ari mempunyai pusat rawatan berskala besar. Tambahan pula, pendekatan­nya adalah secara holistik yang merangkumi bukan hanya jasad (fizikal), tetapi meliputi aspek jiwa dan minda.

“Saya mengharapk­an amalan perubatan tradisiona­l dan komplement­ari khususnya bidang amalan perubatan tradisiona­l Melayu dapat diamalkan secara profesiona­l.

“Selain itu, diangkat martabatny­a agar berada pada kedudukan yang lebih diyakini dan disegani untuk ditawarkan ke seluruh dunia,” katanya.

Pendekatan­nya adalah secara holistik merangkumi bukan hanya jasad (fizikal), tetapi meliputi aspek jiwa dan minda MOHD ADZHAR

 ??  ?? MINYAK kelapa dara adalah bahan semula jadi yang tinggi khasiat kepada kesihatan.
MINYAK kelapa dara adalah bahan semula jadi yang tinggi khasiat kepada kesihatan.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Adzhar menunjukka­n cara urutan kaki selepas bangun tidur.
MOHD Adzhar menunjukka­n cara urutan kaki selepas bangun tidur.
 ??  ?? MADU tualang digunakan sebagai ramuan dalam perubatan Melayu.
MADU tualang digunakan sebagai ramuan dalam perubatan Melayu.
 ??  ?? TUMBUHAN herba dan pokok jambatan digunakan secara meluas dalam amalan perubatan Melayu.
TUMBUHAN herba dan pokok jambatan digunakan secara meluas dalam amalan perubatan Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia