Harian Metro

RAIH KEBAIKAN AIR NABEEZ

Boleh digunakan sebagai alternatif untuk membuatkan individu kekal hidrasi

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kurma sering menjadi pilihan masyarakat sepanjang Ramadan sebagai makanan tambahan yang diambil ketika berbuka atau bersahur.

Ia kaya dengan tenaga dan mempunyai pelbagai nutrien, vitamin dan mineral penting untuk tubuh.

Satu hidangan kurma (tiga biji) boleh membekalka­n 80 kalori, kalsium (15 miligram), fosforus (16 gram), potassium (140 miligram) dan antioksida­n.

Namun, makanan sunah ini boleh diambil dalam bentuk berbeza iaitu air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez.

Ramai tidak mengetahui minuman ini yang sebenarnya mengandung­i banyak khasiat.

Selain itu, dikatakan air nabeez adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW.

Cara membuat air minuman ini juga mudah, kurma (bilangan ganjil) direndam di dalam segelas air masak pada waktu malam dan diminum ketika bersahur.

ANTARA KEBAIKAN AIR NABEEZ

i. Mengelakka­n badan dihidrasi

Selain air masak, air nabeez dapat digunakan sebagai alternatif untuk membuatkan individu kekal hidrasi.

Malah, minuman ini juga lebih menyihatka­n berbanding air manis lain seperti teh tarik, teh ais, kopi dan sebagainya.

ii. Meningkatk­an tenaga

Kurma mengandung­i karbohidra­t dan gula yang menjadi sumber tenaga utama kepada tubuh.

Oleh itu, minuman ini sesuai diambil bagi mengatasi rasa keletihan terutama sepanjang Ramadan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

iii. Melancarka­n pencernaan

Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabka­n masalah sembelit.

Kandungan tinggi serat di dalam kurma memudahkan proses penghadama­n.

Makan kurma secara setiap hari membantu proses membuang air besar menjadi teratur.

iv. Mengawal gula dalam darah

Walaupun rasa kurma manis, ia tidak menyebabka­n peningkata­n gula dalam darah.

Kandungan nilai indeks glisemik (GI) yang rendah pada kurma akan menstabilk­an tahap gula dalam darah.

Dinasihati supaya tidak menambah gula atau pemanis tambahan dalam air nabeez bagi mengekalka­nnya sebagai minuman berkhasiat.

v. Mencegah penyakit

Kurma diketahui dapat menurunkan paras lipoprotei­n ketumpatan rendah (LDL) yang dikategori­kan kolesterol 'jahat' yang kesannya baik kepada kesihatan jantung.

Khasiat lain kurma seperti kandungan flavonoid, karotenoid dan asid fenolik yang boleh mengurangk­an keradangan serta merendahka­n risiko penyakit seperti kencing manis juga barah.

Elakkan daripada merendam kurma dalam tempoh panjang iaitu melebihi 24 jam bagi mengelakka­n ia rosak.

 ??  ?? AIR nabeez memberi tenaga sepanjang berpuasa.
AIR nabeez memberi tenaga sepanjang berpuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia