Harian Metro

POMs tangani isu lebihan ubat-ubatan

-

Isu lebihan ubat-ubatan di rumah bukanlah perkara yang asing.

Ada kalanya, terdapat pesakit menolak untuk menerima bekalan ubatubatan kerana masih mempunyai baki di rumah.

Pesakit juga keliru dengan tindakan yang perlu diambil apabila terdapat lebihan ubat-ubatan.

Beberapa perkara dikenal pasti menjadi faktor berlakunya lebihan ubat di rumah.

Antaranya:

i. Ubat tidak diambil seperti diarahkan, sama ada kerana terlupa atau sengaja.

ii. Rawatan dihentikan sendiri apabila berasa sudah sihat.

iii. Bekalan ubat tambahan diperoleh daripada klinik atau premis farmasi komuniti semasa bercuti atau bekerja di luar kawasan.

iv. Bekalan ubat susulan masih diambil daripada farmasi walaupun tidak dimakan kerana mengalami kesan sampingan.

v. Pertindiha­n beberapa preskripsi daripada fasiliti kesihatan berbeza bagi ubat yang sama.

INISIATIF PATIENTS’ OWN MEDICINES (POMS)

Pelbagai usaha dijalankan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meminimumk­an pembaziran ubat yang dibekalkan kepada pesakit.

Antara langkah itu termasuk memperkena­lkan program POMs.

POMs dijalankan untuk menggalakk­an pesakit membawa ubat-ubatan penyakit kronik apabila menjalani rawatan di dalam wad.

Ubat yang perlu dibawa bersama-sama ialah ubat dibekalkan di fasiliti kesihatan kerajaan atau dibeli sendiri.

Bagaimanap­un, POMs tidak merangkumi sediaan tradisiona­l dan produk suplemen kesihatan kerana kesukaran untuk mengenal pasti kandungan serta indikasiny­a.

Sepanjang berada di wad, ubat yang diteruskan oleh doktor untuk pesakit akan dibekalkan daripada POMs.

Bekalan ubat hanya akan ditambah oleh petugas di farmasi selepas semua POMs habis diberikan kepada pesakit.

Penggunaan ubat sepanjang tempoh rawatan pesakit di wad menjadi lebih optimum dan ubat digunakan dalam kuantiti secukupnya sahaja.

POMs yang dibawa ke wad juga dapat membantu doktor atau pegawai farmasi memahami sejarah pengubatan pesakit dengan lebih tepat.

Maklumat ini membolehka­n doktor merancang pelan rawatan yang lebih sesuai dengan tahap kesihatan semasa pesakit.

Apabila dibenarkan discaj daripada wad, POMs yang sama dibekalkan kepada pesakit.

Kuantiti ubat akan ditambah secukupnya sehingga tarikh janji temu doktor yang akan datang. Pesakit tidak akan membawa pulang ubat dalam kuantiti berlebihan.

MENGOPTIMU­MKAN PEMBEKALAN UBAT DI FARMASI PESAKIT LUAR

Sebelum datang ke kaunter farmasi, pesakit disarankan memeriksa keadaan dan mengira baki ubat yang ada di rumah.

Apabila tiba di kaunter, pesakit digalakkan untuk memberitah­u petugas di kaunter sebarang ubat yang perlu ditambah kuantitiny­a.

Ubat yang hampir habis sahaja akan dibekalkan farmasi bagi mengelakka­n pesakit menyimpan ubat dalam kuantiti berlebihan.

NASIHAT UNTUK PESAKIT

Pesakit dinasihatk­an untuk sentiasa patuh pada rawatan dan mengambil ubat-ubatan mengikut dos dan arahan diberikan doktor atau pegawai farmasi.

Pegawai farmasi bole membantu meningkat an kepatuhan pesakit m i sesi kaunseling ubatubatan secara berterusan.

Di sesetengah fasiliti kesihatan kerajaan, pegawai farmasi turut menjalanka­n perkhid Medication Therapy

Adherence Clinic (MTAC) sebagai cara meningkatk­an tahap kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan.

Pesakit perlu berbincang dengan doktor atau ahli farmasi bagi mendapatka­n cara paling sesuai menangani sebarang kesan sampingan yang mengganggu kesihatan atau jadual harian.

Pesakit tidak seharusnya mengurangk­an dos atau berhenti mengambil ubat tanpa kebenaran daripada doktor yang merawat.

Bekalan ubat hendaklah sentiasa dipastikan mencukupi apabila pesakit

cu ekerja d w n. i nya rlu, b lam anti ya diper kan sahaja.

Pen na ubat tanggungja­wab semua pihak.

Kesimpulan­nya, semua pihak, sama ada petugas kesihatan, pesakit atau ahli keluarga perlu memainkan peranan untuk menggunaka­n ubat-ubatan secara optimum.

Penggunaan ubat secara berkualiti dapat menjamin kualiti rawatan yang lebih efektif dan pada kos berpatutan.

Disediakan oleh: Faizatul Iman Makpol Pegawai Farmasi UF44 Farmasi Klinik Pakar I Hospital Kuala Lumpur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia