Harian Metro

NEWCASTLE RAIH MATA BERHARGA

Leicester gagal kukuh cengkaman di kelompok empat teratas

-

Newcastle meraih mata berharga untuk menyelamat­kan kedudukan mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan mengagumka­n 4-2 ke atas pasukan yang mengejar kelayakan beraksi di Liga Juara-Juara, Leicester City.

Joe Willock meletakkan pelawat di depan dengan penyudah tajam hasil daripada kesilapan pertahanan Foxes, Caglar Soyuncu.

Paul Dummett menggandak­an kedudukan meletakkan Magpies di depan selepas berjaya memperdaya Wesley Fofana dan Kasper

Schmeichel dari sepakan sudut Matt Ritchie sebelum Callum Wilson menjaringk­an dua pada babak kedua bagi memastikan mereka meraih tiga mata berharga.

Ketinggala­n 0-4, tuan rumah bagaimanap­un berjaya meraih dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi Marc Albrighton dan Kelechi Iheanacho.

Keputusan itu menyaksika­n pasukan bimbingan Steve Bruce melonjak kedudukan ke tempat ke-13, 12 mata di atas Fulham yang mempunyai empat baki perlawanan.

Leicester kini ketiga, lima mata mengatasi pasukan di kedudukan kelima West Ham namun mereka beraksi lebih banyak perlawanan. “Saya sudah maklumkan beberapa minggu lalu bahawa kami akan OK apabila pemain utama kembali. Barisan pemain saya berkerja keras untuk memastikan kami sampai ke posisi ini,” kata Bruce. “Kami bangkit pada masa yang tepat. Kebiasaann­ya (39 mata) sudah cukup. Kami kini berada di kedudukan ke-13. Kami masih belum selesai tapi mencatatka­n beberapa kemajuan besar dalam beberapa minggu terakhir.”

Sementara itu, kekalahan itu menyaksika­n kelemahan di barisan pertahanan Foxes yang berusaha keras sepanjang musim untuk berada di kelompok empat teratas.

“Jonny Evans nadi utama di bahagian pertahanan dan apabila dia dikeluarka­n memberi impak yang besar kepada kami. Bagaimanap­un kami seharusnya bertahan dengan lebih baik,” kata Rodgers. - Agensi

Kami akan OK apabila pemain utama kembali Steve Bruce

 ??  ??
 ??  ?? PAUL Dummett (kiri) menjaringk­an gol kedua buat Newcastle.
PAUL Dummett (kiri) menjaringk­an gol kedua buat Newcastle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia