Harian Metro

GEGAR PARALIMPIK TOKYO

Bonnie sasar cipta lebih banyak kilauan emas di Jepun

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Kejayaan merangkul pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifti­ng Para Dunia di Bangkok, Thailand, hanyalah permulaan buat atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin mencipta lebih banyak kilauan emas terutama pada kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo Jepun nanti.

Bonnie berkata, semangat juang tinggi tanpa mengenal erti putus asa walaupun lebih setahun tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif tidak menjadi halangan buatnya untuk mencipta kejutan pada kejohanan itu.

Atlet kelahiran Sarawak itu berkata, sasaran seterusnya untuk merangkul pingat emas pada kejohanan Powerlifti­ng di Dubai pertengaha­n Jun depan.

“Saya datang ke Bangkok dengan satu misi iaitu mahu mencipta kejutan dengan merangkul emas walaupun boleh dikatakan lebih setahun tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif.

“Ketika ini, boleh dikatakan saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah berkaitan prestasi dan optimis mampu kekalkanny­a sehingga ke kejohanan lebih besar (Paralimpik Tokyo).

“Pada saingan semalam (kelmarin) saya yakin dapat merangkul emas berdasarka­n perbezaan berat antara kedudukan nombor satu dan dua agak jauh. Angkatan itu adalah lebih kepada misi untuk memecah rekod lama yang dicipta sebelum ini,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, atlet para kebangsaan itu meraih motivasi tinggi menjelang Sukan Paralimpik Tokyo Jepun apabila melakukan kejutan dengan merangkul pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifti­ng Para Dunia di Bangkok.

Bonnie, 21, yang berjaya melakukan angkatan seberat 226 kg (kilogram) itu, bukan sahaja mencipta rekod peribadi malah turut meletakkan dirinya dalam senarai teratas atlet layak ke temasya Paralimpik Tokyo 2021.

Dia juga dalam usaha melakukan angkatan seberat 229.5kg bagi memecahkan rekod dunia 229 kg namun gagal selepas cubaan kali keempat.

Pemenang pingat perak dari Iran, Nader Moradi hanya mampu mengangkat 204kg. Dia cuba melakukan angkatan 211kg dan 212kg, namun gagal.

Atlet Kazakhstan, Alexandr Daskov di tempat ketiga dengan angkatan 140kg.

Kejayaan Bonnie itu, adalah lebih baik berbanding dengan catatan pemenang pingat emas Paralimpik Rio lima tahun lalu, Lu Lei yang melakukan 221kg.

 ??  ?? BONNIE menunjukka­n pingat emas yang dimenangi di Kejohanan Piala Dunia Powerlifti­ng Para Dunia di Bangkok, Thailand.
BONNIE menunjukka­n pingat emas yang dimenangi di Kejohanan Piala Dunia Powerlifti­ng Para Dunia di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia