Harian Metro

Ambil berkat bulan suci

-

Bukan semua kenangan manis dilalui atlet ketika Ramadan dan itu yang dialami oleh penyerang utama skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn.

Mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika mewakili UniKL Ladies pada final Piala Vivian May Soars 3 April lalu, Hanis perlu membuat keputusan segera untuk melakukan pembedahan bagi membolehka­nnya pulih sepenuhnya, sekali gus dapat beraksi semula bersama skuad kebangsaan. Jelas pemain berusia 25 tahun itu, dia sebenarnya mempunyai pilihan untuk melakukan pembedahan selepas Ramadan dan Syawal, namun bertekad untuk segera melakukann­ya di bulan suci ini.

“Selepas habis aksi final, tinggal beberapa hari sahaja hendak berpuasa. Jadi saya terus segera jumpa doktor dan dia nasihatkan saya untuk melakukan pembedahan segera.

“Saya fikir elok juga buat pembedahan awal. Lagipun proses pemulihan ACL ini memakan masa dan selepas pembedahan saya tak boleh terlalu aktif.

“Bermakna sesuailah jika saya melalui proses pemulihan ketika bulan puasa kerana tidak melakukan banyak aktiviti ketika bulan ini. Pada masa saya dapat menjalani ibadah berpuasa,” katanya.

 ??  ?? HANIS ketika menjalani rawatan di hospital.
HANIS ketika menjalani rawatan di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia