Harian Metro

Hoki Piala Sultan Azlan Shah batal lagi

-

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah jelas belum ada ‘rezeki’ untuk dianjurkan pada tahun ini apabila ia sekali lagi dibatalkan berdasarka­n situasi semasa peningkata­n kes Covid-19 yang semakin membimbang­kan. Perkara terbabit disahkan Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal apabila memaklumka­n kejohanan yang berlangsun­g sejak 1983 terpaksa dibatalkan selepas diperkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau berkata, berdasarka­n situasi semasa, penganjura­n kejohanan di Perak agak ‘samar’ untuk dilaksanak­an pada tahun ini dengan peluang yang ada hanyalah pada hujung tahun namun segalanya bergantung kepada situasi semasa terutama membabitka­n kes Covid-19.

Katanya, MHC bersama Persatuan Hoki Perak akan melihat tarikh yang bersesuaia­n untuk penganjura­n kejohanan terbabit namun tidak boleh memberi kata putus bahawa saingan itu tetap berlangsun­g pada tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia