Harian Metro

Tahun pertama sambut Aidilfitri tanpa keluarga

-

Sayu dan agak sedih terpaksa berjauhan daripada keluarga adalah harga yang perlu dibayar untuk mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak profesiona­l.

Tahun ini adalah kali pertama saya beraya di perantauan iaitu jauh beribu kilometer daripada keluarga seterusnya terpaksa melupakan makanan kegemaran seperti ketupat, lemang dan rendang yang sinonim dihidangka­n ketika perayaan.

Ketika latihan di akademi FC Malaga City adalah seperti biasa iaitu perlu menjalani rutin harian setiap pagi mengikut modul yang ditetapkan walaupun dalam situasi perlu berpuasa.

Walaupun, kadang-kadang agak meletihkan namun sebenarnya perkara terbabit cukup membuatkan pelatih lain terpegun kerana keupayaan saya bersama rakan beragama Islam menjalani latihan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Ketika ini, kami menjalani latihan intensif sebagai persiapan untuk menyertai perlawanan persahabat­an sebagai platform untuk menilai prestasi terkini pelatih.

Sebenarnya, banyak perkara menguji saya ketika ini terutama berkaitan komitmen dan mental supaya lebih bersabar dan utuh dalam mengikuti setiap latihan yang diterapkan.

Sudah tentu, saya yang baharu saja berusia belasan tahun agak rasa ‘pelik’ perlu menyambut Aidilfitri hanya bersama rakan tanpa keluarga di sisi.

Namun, saya tetap positif dan berharap sambutan Aidilfitri tahun depan dapat pulang ke kampung dan menyambut bersama keluarga.

Kepada seluruh ahli keluarga dan penyokong bola sepak tempatan saya mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri khas daripada pelatih FC Malaga City.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia