Harian Metro

REKRUT BAHARU HARIMAU SELATAN

Shahrul, De Paula tamat spekulasi, sah sarung jersi JDT

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Pemain kebangsaan dan tonggak skuad Perak FC, Shahrul Mohd Saad dan Guilherme de Paula sah menjadi ‘ahli keluarga’ baharu juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi pengumuman rasmi semalam yang dimuat naik di laman sosial rasmi JDT itu, dua pemain berkenaan diperkenal­kan dalam satu majlis ringkas di Johor yang turut disertai pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

“Selamat datang ke pasukan juara,” tulis laman sosial JDT itu sebagai tanda penghargaa­n kepada pemain skuad kebangsaan itu.

Dalam majlis sama, De Paula yang juga pemain naturalisa­si negara bakal menyarung jersi bernombor 31 manakala bekas kapten Perak FC, Shahrul menggunaka­n nombor 32.

Penghijrah­an De Paula dan Shahrul ini turut melengkapk­an pasukan JDT yang dilihat umpama jelmaan skuad Harimau Malaya apabila sebahagian besar tonggak utama kebangsaan beraksi untuk juara tujuh kali berturut-turut Liga Super itu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Rizal Ali Naizali mengesahka­n Shahrul dan De Paula sudah meminta pelepasan untuk meninggalk­an kelab itu.

Perkembang­an berkenaan sekali gus mengesahka­n khabar angin yang bertiup kencang mengenai perpindaha­n Shahrul dan sikap sambil lewa yang ditunjukka­n De Paula dalam beberapa perlawanan sebelum ini dipercayai tidak lagi gembira bersama skuad The Bos Gaurus.

Sebelum ini, kem Perak FC bergolak ekoran isu tunggakan gaji yang menghantui pasukan itu sejak awal musim ini.

Malah difahamkan, tindakan dua pemain terbabit meninggalk­an kem Perak pada jendela perpindaha­n kedua ini adalah disebabkan faktor tunggakan gaji.

 ?? FOTO: IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS ?? DE Paula
FOTO: IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS DE Paula
 ??  ?? SHAHRUL
SHAHRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia