Harian Metro

Kerah kudrat jual aiskrim

-

Walaupun kudratnya semakin terbatas, mualaf, Osman Omar Leong Abdullah, 70, masih ‘gagah’ menunggang motosikal tiga roda menjual aiskrim demi kelangsung­an hidupnya.

Dua sekolah rendah kebangsaan dan satu sekolah agama di Sri Petaling di sini, menjadi tempatnya mencari rezeki sejak 15 tahun lalu.

Bagaimanap­un, akibat penularan Covid-19, perniagaan­nya terjejas, malah Osman kehilangan punca pendapatan.

Osman berkata, baru-baru ini dia terpaksa menjual televisyen kerana kesempitan wang.

Dia yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, ketika ini dia menjual aiskrim dari rumah yang hanya berbaki satu peti beku sahaja.

“Saya sudah tidak mempunyai wang untuk modal pusingan membeli bekalan aiskrim.

“Jika keadaan berterusan (tidak mempunyai wang untuk modal pusingan), mungkin saya tidak boleh lagi meneruskan perniagaan ini,” katanya yang tidak memiliki anak.

 ??  ?? OSMAN melihat bekalan aiskrim yang dijualnya.
OSMAN melihat bekalan aiskrim yang dijualnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia