Harian Metro

PERINGATAN BUAT PSM

-

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) terus ditekan dengan terbaru Persekutua­n Sepak Takraw Asia (Astaf) mengirim surat peringatan supaya badan induk sepak takraw negara itu menjawab segala pertuduhan sebelum Rabu ini.

Setiausaha Agung Astaf, Boonchai Lorhpipat menerusi surat dihantar kepada Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh bertarikh semalam berkata, tiada penangguha­n akan diberikan sekiranya badan induk sukan sepak takraw Asia itu tidak menerima sebarang jawapan bertulis dalam tempoh 14 hari.

“Jika tiada jawapan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, Jawatankua­sa Disiplin Astaf akan memutuskan pertuduhan sebagaiman­a yang difikirkan sesuai.

“Kami juga ingin memberitah­u sesi pendengara­n secara dalam talian ditetapkan pada 20 Mei ini jam 2 petang menerusi zoom berjalan seperti dijadualka­n.

“Seperti sedia maklum di bawah Peraturan dan Prosedur Tatatertib Perlembaga­an Astaf, anda berhak untuk didengar pada perbicaraa­n Tatatertib, tetapi anda tidak berhak untuk diwakili oleh peguam seperti yang disebutkan dalam Undang-Undang Kecil (Prosedur Disiplin),” katanya.

Pada 28 April lalu, Astaf mengambil tindakan menggantun­g sementara PSM daripada terbabit dalam sebarang aktiviti berkaitan sukan itu yang berkuat kuasa serta-merta, atas dakwaan melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembaga­an Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (Istaf) dan Astaf seperti dimeterai pada 14 Mac 2008.

Dalam surat tunjuk sebab kepada PSM, badan induk sukan sepak takraw Malaysia itu turut didakwa melakukan fitnah terhadap kepemimpin­an dan Majlis Eksekutif Astaf serta organisasi Astaf secara keseluruha­n berdasarka­n kenyataan Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail mengenai pemilihan Astaf.

Dalam pada itu, menerusi surat berkenaan juga, Boonchai turut mengingatk­an PSM yang mana badan induk itu tidak boleh diwakili oleh individu yang digantung daripada Astaf atau Istaf yang mana ia dipercayai merujuk kepada Ahmad.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia