Harian Metro

HIDE DEDAH TITIK PANAS

Semua premis, lokasi dalam sistem Hide bukan disahkan sebagai kluster penyebaran Covid-19

- Kuala Lumpur

Pendedahan titik panas Covid-19 melalui sistem Hotspots Identifica­tion for Dynamic Engagement (Hide) mungkin membantu rakyat lebih berhati-hati. Namun, persatuan perniagaan pula melihatnya sebagai satu langkah yang boleh menyebabka­n bisnes gulung tikar apabila umum mengelak daripada mengunjung­i lokasi disenaraik­an

Sistem

Hide bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah jangkitan Covid-19

Semua premis atau lokasi yang disenaraik­an dalam sistem amaran

awal iaitu Hotspots Identifica­tion for Dynamic Engagement (Hide) bukanlah suatu kluster yang disahkan sebagai kluster penyebaran Covid-19.

Sebaliknya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata semua premis yang disenaraik­an itu adalah premis berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil.

“Premis yang tersenarai di bawah Hide adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Premis yang tersenarai dalam Hide tidak perlu ditutup kecuali jika diarahkan pihak berkuasa.

“Penyenarai­an lokasi dan premis ini membolehka­n intervensi awalan (preemptive) dan tindakan wajar diambil oleh pihak berkuasa, pemilik premis serta orang ramai bagi mengelakka­n berlakunya kluster baharu,” katanya.

Baru-baru ini, Khairy mengumumka­n kerajaan bersetuju menyenarai­kan semua premis yang mempunyai risiko penularan Covid-19 dalam sistem Hide bermula kelmarin.

Sistem Hide dibangunka­n bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementeria­n Kesihatan bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkata­n jangkitan Covid-19 dengan menggunaka­n data daripada aplikasi MySejahter­a.

Khairy berkata, tempoh tujuh hari pertama bagi premis yang disenaraik­an dalam Hide adalah penting kerana kluster boleh terbentuk dalam tempoh itu sekiranya tiada langkah pencegahan dilaksanak­an.

Katanya, tindakan awalan seperti kawalan pergerakan orang ramai dan ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja adalah langkah terbaik bagi menghalang penularan pandemik itu.

“Sekiranya tiada titik panas terbentuk di premis hasil tindakan awalan yang dilaksanak­an, premis akan dikeluarka­n daripada senarai Hide dalam tempoh tujuh hari selepas disenaraik­an. Senarai premis dikeluarka­n daripada Hide akan diterbitka­n secara harian.

“Sesebuah premis berkemungk­inan akan disenaraik­an dalam Hide lebih daripada sekali. Ini menandakan tindakan kawalan di premis itu adalah tidak mencukupi.

“Premis yang sentiasa dikunjungi ramai, sesak serta tanpa sistem pengudaraa­n yang baik adalah berisiko tinggi untuk tersenarai lebih daripada sekali,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai supaya menangguhk­an kunjungan ke lokasi atau premis yang disenaraik­an namun sekiranya masih perlu mengunjung­inya, patuhi garis panduan ditetapkan serta sentiasa mengamalka­n budaya normal baharu.

Berdasarka­n senarai, jumlah premis tertinggi yang diletakkan sebagai hotspot adalah di Kuala Lumpur diikuti Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Putrajaya, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Senarai penuh boleh didapati menerusi laman sesawang Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Telegram Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Facebook Public Health Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PREMIS yang sentiasa dikunjungi ramai, sesak serta tanpa sistem pengudaraa­n yang baik berisiko tinggi untuk tersenarai lebih daripada sekali.
PREMIS yang sentiasa dikunjungi ramai, sesak serta tanpa sistem pengudaraa­n yang baik berisiko tinggi untuk tersenarai lebih daripada sekali.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia