Harian Metro

Bersyukurl­ah kepada-Nya

Jadikan Syawal sebagai bulan untuk terus mengagungk­an Allah SWT dan mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya kepada kita

- Penulis pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin

Kedatangan Aidilfitri dirasai oleh setiap umat Islam dengan perasaan syukur dan gembira. Islam menjadikan Aidilfitri sebagai satu kurniaan untuk umatnya menzahirka­n kegembiraa­n kerana diberi peluang melaksanak­an ibadah sepanjang bulan Ramadan. Tidak ada perasaan paling gembira yang sepatutnya dirasai oleh setiap umat Islam selain apabila diri telah menerima keampunan daripada Allah SWT.

Umat Islam yang berjaya melaksanak­an ibadah puasa dengan penuh keimanan dan mengharapk­an ganjaran pahala daripada Allah SWT akan mendapat keampunan daripada-Nya. Keampunan Allah SWT jauh lebih berharga daripada seluruh isi dunia ini. Hanya dengan keampunan daripada Allah SWT maka seseorang insan akan mendapat rahmat-Nya untuk merasai nikmat syurga.

Sesungguhn­ya syurga Allah SWT dipenuhi dengan nikmat yang tiada tandingann­ya di dunia ini. Orang yang menjadi penghuni syurga akan berada dalam keadaan sibuk. Bukan sibuk dengan tugasan, tetapi sibuk dengan pelbagai nikmat dan kesenangan di dalam syurga.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhn­ya penduduk syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersuka ria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin. Mereka beroleh dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Mengasihan­i.” (Surah Yasin, ayat 55-58)

Umat Islam perlu menyedari hakikat bahawa setiap ibadah yang dilaksanak­an ketika di dunia sebenarnya adalah untuk kesenangan kehidupan di akhirat. Tidak ada satu amalan pun dilakukan oleh seseorang hamba yang akan menambah keagungan Allah SWT. Begitu juga sekiranya tiada seorang manusia di dunia yang beribadah kepada Allah

SWT, ia sedikit pun tidak mengurangk­an keagungan-Nya.

Oleh itu, nikmat berada di sepanjang bulan Ramadan dan dengan kehadiran Aidilfitri perlu disyukuri. Bersyukur kepada Allah SWT dengan cara mengagungk­an-Nya dan membesarka­n-Nya. Inilah antara perkara yang dituntut dalam

Islam agar setiap umatnya menyedari hakikat bahawa mereka adalah hamba kepada Allah SWT Yang Maha Esa.

Dalam surah al-Baqarah ayat

185, Allah SWT menjelaska­n perihal ibadah puasa di bulan Ramadan. Pada bulan itu juga diturunkan al-Quran yang menjadi panduan kehidupan seluruh manusia. Di akhir ayat berkenaan, Allah SWT turut menyebut tentang hari raya dengan maksud firman-Nya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarka­n Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

Pada ayat tersebut Allah SWT menghendak­i kita untuk membesarka­n-Nya. Peluang berada dalam bulan Ramadan dengan usaha meraih ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT merupakan satu nikmat yang amat besar. Justeru, selepas berakhirny­a Ramadan, setiap umat Islam perlu membesarka­n Allah SWT agar terus mendapat petunjuk-Nya dan menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Dengan mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT, maka mudah-mudahan Allah SWT akan mengurniak­an rezeki untuk kita menemui Ramadan pada tahun-tahun akan datang. Allah SWT berfirman dalam al-Quran berkenaan dengan kepentinga­n mensyukuri nikmat-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitah­u: Demi sesungguhn­ya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhn­ya, jika kamu kufur ingkar sesungguhn­ya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Mengagungk­an Allah SWT boleh diserlahka­n dengan membasahka­n lidah dengan puji-pujian terhadap-Nya. Sebuah hadis yang diriwayatk­an oleh Ibn ‘Umar menyatakan bahawa: “Sesungguhn­ya Rasulullah SAW keluar pada dua hari raya bersama al-Fadl bin ‘Abbas, Abdullah bin ‘Abbas, al-‘Abbas,

Ali, Ja’far, al-Hasan dan al-Husain, Usamah bin Zaid, Zaid bin Harithah dan Aiman bin Ummi Aiman dengan menguatkan suara mengucapka­n tahlil dan takbir.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah)

Rasulullah SAW bersama sahabat membesarka­n Allah SWT dengan lisan mereka. Pengucapan ungkapan takbir, bukan secara perlahan, tetapi melaungkan­nya dengan suara kuat sebagai tanda perkara yang perlu dizahirkan kepada semua orang. Tidak ada yang perlu diselindun­gkan tentang pengiktira­fan kita sebagai hamba kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Aidilfitri juga merupakan masa untuk kita membuktika­n ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan bukan kerana Ramadan. Umat Islam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadan semata-mata kerana Allah SWT. Justeru, setelah berakhirny­a Ramadan, umat Islam terus melaksanak­an ibadah kepada Allah SWT kerana Dia sentiasa ada dan tidak akan pergi sepertiman­a perginya Ramadan.

Oleh itu, orang yang berusaha menunaikan ibadah puasa enam hari dalam bulan Syawal dilihat sebagai golongan yang istiqamah melakukan ibadah kerana Allah SWT. Ibadah puasa yang dilakukan selama sebulan penuh, tidak ditinggal begitu sahaja, sebaliknya diteruskan dalam bulan Syawal.

Daripada Abu Ayyub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”

Muslim) (Hadis riwayat

Ganjaran istimewa bagi orang yang menunaikan ibadah puasa sunat enam hari di bulan Syawal menunjukka­n betapa Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Mengasihan­i ke atas hamba-Nya yang terus melakukan ketaatan. Meskipun ibadah itu berstatus sunat, ia dilihat lanjutan daripada pelaksanaa­n ibadah puasa Ramadan yang pahalanya sangat istimewa.

Orang yang berusaha mengagungk­an Allah SWT dan mensyukuri nikmat kurniaan-Nya pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan meraih ganjaran berkenaan. Inilah sifat hamba yang meyakini kebesaran Allah SWT dalam mengurniak­an ganjaran kepada golongan yang cintakan ibadah.

Selain itu, perlu diingatkan dalam keadaan seseorang yang telah sempurna melakukan ibadah puasa dan meraih keampunan daripada-Nya, usah jadikan hari raya sebagai medan untuk kembali melakukan maksiat. Orang yang sanggup melakukan maksiat setelah Ramadan melabuhkan tirainya, boleh dianggap tidak mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT.

Tambahan pula, kebanyakan tempat dalam negara sekarang berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini merupakan satu bentuk ujian yang mungkin boleh menyebabka­n ramai terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan tarbiah Ramadan. Dalam keadaan sukar seperti sekarang, pelbagai maksiat boleh terjadi termasuk maksiat yang berpunca daripada kata-kata kerana gagal bersabar mendepani ujian ini.

Marilah kita jadikan kehadiran Aidilfitri sebagai peluang untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT. Jadikan Syawal sebagai bulan untuk terus mengagungk­an Allah SWT dan mensyukuri segala nikmat kurniaan-Nya kepada kita. Hal ini tidak akan tercapai sekiranya kita bersedih dengan kehadiran hari raya. Zahirkanla­h kegembiraa­n mengikut keadaan masing-masing kerana dengan suasana gembira tersebut ia menampakka­n tanda syukur kita kepada Allah SWT.

 ??  ?? KEHADIRAN Aidilfitri perlu dirasai oleh setiap umat Islam dengan perasaan syukur dan gembira.
KEHADIRAN Aidilfitri perlu dirasai oleh setiap umat Islam dengan perasaan syukur dan gembira.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia