Harian Metro

Guna ‘lorong tikus’ nak balik raya di Indonesia

-

Klang: Hajat mahu pulang berhari raya ke Indonesia menggunaka­n ‘lorong tikus’. Malangnya tindakan 20 warganegar­a Indonesia itu digagalkan sepasukan anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan operasi Op Benteng di kawasan paya bakau di Jalan Benteng Kiri, Kapar di sini.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, Superinten­dan Rizal Mohamed berkata, semua mereka ditangkap susulan aduan awam diterima pasukan kira-kira jam 3 petang kelmarin.

“Anggota polis dari Batalion 4 PGA Semenyih bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dan Pasukan Polis Marin, Pelabuhan Klang melakukan serbuan sebelum menahan 16 lelaki dan empat perempuan warganegar­a Indonesia di kawasan itu.

“Hasil siasatan mendapati semua warganegar­a Indonesia berumur 20 hingga 50 tahun dipercayai cuba keluar dari Malaysia menggunaka­n jalan tidak diwartakan (jalan laut).

“Siasatan lanjut mendapati mereka mahu pulang ke Indonesia disamping mahu menyambut hari raya,” katanya.

Di samping itu, Rizal berkata, hasil pemeriksaa­n lanjut, pasukannya menjumpai sebuah bot bersama enjin dipercayai digunakan sebagai pengangkut­an laut semua ditahan.

“Anggaran nilai rampasan berjumlah RM42,000. Tangkapan dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1956/63.

“Semua individu ditahan akan menjalani ujian saringan Covid 19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala bot dan enjin diserahkan kepada Pasukan Polis Marin, Pelabuhan Klang.

“Terima kasih kepada masyarakat kerana memberi kerjasama dalam menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan kami berharap kerjasama ini dapat dipereratk­an lagi pada masa depan,” katanya.

16 lelaki dan 4 perempuan warganegar­a Indonesia ditahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia