Harian Metro

Remaja ‘lelong’ diri di Litmatch

-

Kuala Lumpur: Sanggup ‘lelong’ diri untuk dapat pasangan. Itu situasi yang boleh dilihat melalui aplikasi temu janji ‘Litmatch’ yang kebanyakan­nya disertai golongan remaja berusia bawah 17 tahun.

Wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran sebagai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mendapati aplikasi itu dimonopoli oleh golongan muda yang mendakwa berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Di dalam aplikasi itu juga, terdapat ruangan khas dikenali sebagai ‘party chat’ yang dibuat oleh pemilik akaun tertentu untuk mencari pasangan dengan mengadakan ‘lelongan’ diri sendiri.

Individu berminat menjadi pasangan pemilik akaun terbabit boleh menyertai ruangan itu.

Individu yang berminat akan membida dengan memberikan jumlah berlian (diamond) yang boleh dibeli pada harga serendah RM3.99. Individu yang memenangi bidaan itu akan menjadi pasangan kepada pemilik akaun yang membuka ruangan itu.

Dalam tempoh dua minggu penyamaran itu, wartawan dihubungi kira-kira 12 remaja perempuan berusia 15 hingga 17 tahun yang mahu berkenalan. Mereka mengaku berasal dari luar bandar di Utara Semenanjun­g serta Sabah dan Sarawak.

Menerusi perbualan dengan pemilik akaun itu, kebanyakan mereka menyatakan hasrat mencari pasangan untuk hiburan semata-mata di dalam aplikasi itu dengan alasan mahu rasa lapang kerana bosan di rumah.

Malah, ada di antara pemilik akaun itu dengan terbuka bersembang mengenai perlakuan seks tanpa segan silu.

Sementara itu Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil meminta ibu bapa melakukan pemantauan terhadap penggunaan aplikasi pada telefon pintar anak-anak bagi mengelakka­n mereka terjerumus dengan aktiviti tidak bermoral khususnya aktiviti seksual.

Katanya, pihaknya mengesan terdapat aplikasi di media sosial yang dilihat boleh memudaratk­an kedua-dua golongan terbabit dengan pendedahan melampau.

“Ibu bapa perlu melakukan pemeriksaa­n terhadap aplikasi dimuat turun pada peranti anak yang dilihat tidak mendatangk­an sebarang manfaat kepada mereka kerana ia membuka peluang untuk berlakunya jenayah siber.

“Malah, pendedahan melampau golongan kanak-kanak dan remaja di media sosial akan mendedahka­n mereka kepada pemangsa iaitu individu pedofilia yang sentiasa mencari mangsa di internet,” katanya.

Siraj berkata, selain ibu bapa, pihak berkuasa seperti Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memainkan peranan dengan menyekat aplikasi media sosial yang memberikan impak negatif seperti Litmatch.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia