Harian Metro

JURUGAMBAR PENERIMA KESEJUTA ASTRAZENEC­A

JANGKITAN COVID-19 KATEGORI 3, 4 DAN 5 DALAM KALANGAN INDIVIDU DIVAKSINAS­I BERKURANGA­N KKM NAFI BEKALAN UBAT-UBATAN TERPUTUS 2.2% PENJAWAT AWAM TIDAK DAFTAR VAKSIN

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Sejak penularan Covid-19 dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Pelan Pemulihan Negara (PPN), golongan penggiat seni terdiri daripada penyanyi, pelakon, pemuzik dan kru produksi antara yang terjejas teruk.

Bermula dengan PKP pertama pada 18 Mac tahun lalu, pendapatan mereka mula terjejas walaupun ‘bernafas’ semula apabila kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun, pelaksanaa­n PKP 3.0 pada 1 Jun lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur terus membuatkan mereka terhimpit.

Hari ini, pelakon dan kru produksi masih tidak boleh bekerja kerana penggambar­an di luar studio belum boleh dibenarkan.

Nasib penyanyi dan pemuzik dilihat lebih teruk apabila sebarang konsert, showcase dan persembaha­n terbuka masih tidak dibenarkan sejak lebih setahun lalu.

Dalam tempoh itu, rata-ratanya langsung tidak mendapat tawaran mengadakan persembaha­n.

Sehubungan itu, ramai yang beralih bidang dengan menceburi perniagaan secara dalam talian, membuat ulasan produk di media sosial dan menghasilk­an kandungan (content) untuk YouTube atau TikTok.

Pelakon, Amar Asyraf yang sudah berbulan-bulan tidak mendapat tawaran berlakon kini menjual pakaian bundle bagi menambah pendapatan­nya.

Bukan itu saja, Amar turut menjual pelbagai jenis sambal dan makanan ringan sejak Disember tahun lalu.

“Melihat keadaan semakin tidak menentu, saya terus mencari jalan alternatif kerana bimbang akan menghadapi masalah pada masa mendatang.

“Apa yang menyedihka­n industri seni dan kreatif antara sektor yang ditutup paling awal untuk mengekang penularan wabak berbahaya ini. Saya hanya berpeluang menjalani penggambar­an sekejap saja. Selepas itu terus tak ada kerja.

“Walaupun saya kini berniaga pakaian dan produk makanan, tapi saya tidak menjana pendapatan yang lumayan kerana orang lain pun susah juga. Jadi, saya terpaksa jual dengan harga promosi asalkan ada rezeki masuk dan pembeli pun gembira,” katanya.

Amar berkata, memasuki bulan ketiga PKP lalu, dia mengakui sedikit terjejas kerana perniagaan yang diusahakan tidak lagi serancak dulu.

“Mula-mula orang beli dan perniagaan berjalan lancar, tapi lama-kelamaan permintaan semakin berkuranga­n. Saya faham ekonomi kita pun sedang teruk menyebabka­n kuasa membeli sudah kurang.

“Setakat ini saya bersyukur kerana masih boleh bertahan dengan wang simpanan yang ada. Saya belum ke tahap untuk mengangkat bendera putih lagi,” katanya.

Penyanyi era 1990-an, Abot, 46, yang sebelum ini aktif sebagai pemuzik jalan bersama suami, Jac FTG dan kumpulan The Chor’s Busker antara yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Abot atau nama sebenarnya, Norimah Muhammad berkata, Covid-19 mengajar dirinya supaya hidup berjimat cermat apabila kerjaya sebagai pemuzik jalanan tidak dapat dilakukan dalam tempoh yang panjang.

Ibu kepada dua anak ini berkata, dalam tempoh hampir dua tahun ini, mereka hanya beberapa kali mendapat peluang mengadakan persembaha­n. Kebenaran membuat persembaha­n sebelum ini mereka gunakan sebaiknya untuk mengumpul wang.

“Saya sebenarnya dapat mengagak yang wabak ini mungkin akan berpanjang­an jika tidak dibendung dengan baik. Jadi, saya perlu pastikan kewangan saya disusun dan diuruskan dengan berjimat cermat.

“Walaupun duit yang ada hasil persembaha­n pada PKP 1.0 tidaklah besar, tapi kami bersyukur dapat menampung hidup secara berhemah.

“Lagipun kami dah biasa hidup susah. Sebelum PKP lagi kami sudah aktif sebagai pemuzik jalanan yang hidup dalam suasana kais pagi makan pagi. Jadi duit yang ada kami sentiasa beringat. Alhamdulil­lah setakat ini semuanya cukup,” katanya.

Menurut Abot, dia bersyukur di sebalik dugaan yang berlaku, dia masih mempunyai sahabat yang sentiasa mengambil berat serta mendapat bantuan daripada persatuan penggiat seni.

“Sekarang ini kami banyak habiskan masa di rumah. Alhamdulil­lah saya terima banyak bantuan terutama dari pihak Karyawan (Persatuan Karyawan Malaysia) dan rakan-rakan artis yang masih mengingati saya.

“Dalam waktu sukar ini ramai kawan-kawan artis tidak melupakan insan-insan seni yang memerlukan. Itu yang saya sangat hormat kerana mereka ada untuk membantu artis-artis yang terkesan,” katanya.

Dalam pada itu, Abot memaklumka­n, dia kini mendapat beberapa tawaran untuk membuat persembaha­n di pusat pemberian paksin (PPV) dan persembaha­n dalam talian.

“Saya kini mendapat tawaran membuat persembaha­n secara maya yang diuruskan oleh SR Management. Mereka menyediaka­n platform kepada pemuzik jalanan atau penyanyi untuk membuat persembaha­n.

“Selain itu, saya juga mendapat peluang untuk membuat persembaha­n di PPV yang diuruskan sebuah agensi. Jadi sedikit sebanyak tawaran yang diberikan ini saya dapat tambah pendapatan,” katanya.

“Industri seni dan kreatif antara sektor yang ditutup paling awal

Amar

“Kami dah biasa hidup susah. Sebelum PKP lagi aktif sebagai pemuzik jalanan

Abot

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia