Harian Metro

Hospital USM rayu orang ramai tampil derma darah

-

Kota Bharu: Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) merayu orang ramai tampil menderma darah berikutan penurunan bilangan penderma susulan sekatan pergerakan yang dilaksanak­an di seluruh negara.

Pengarah Hospital USM Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata kebimbanga­n masyarakat dan penderma darah terhadap keselamata­n sepanjang proses menderma darah selain pembatalan kempen derma darah oleh penganjur dilihat turut menjadi penyebab kekurangan orang ramai tampil menderma darah.

Beliau turut meluahkan kebimbanga­n, sekiranya trend penurunan pendermaan darah itu berterusan maka secara tidak langsung ia akan menjejaska­n keupayaan dalam merawat pesakit.

“Bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit, pelbagai inisiatif sudah dilakukan Unit Perubatan Transfusi (UPT) Hospital USM bagi menarik penderma darah tampil menderma mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk meneruskan aktiviti menderma darah kerana ia dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan selaras dengan garis panduan antarabang­sa,” katanya dalam satu kenyatan, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Sukari berkata, bagi meneruskan pendermaan darah, saringan awal akan dilakukan ke atas bakal penderma yang hanya tiada gejala, tidak mengalami jangkitan Covid-19 atau tidak ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dalam masa 14 hari. “Petugas kesihatan juga akan memastikan penderma memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahter­a, mengisi borang deklarasi risiko Covid-19 Kampus Kesihatan serta mencuci tangan menggunaka­n pensanitas­i sepanjang berada di lokasi,” katanya.

UPT Hospital USM dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 5 petang dengan tempat meletak kenderaan turut dikhaskan kepada penderma darah.

“Aktiviti menderma darah akan dilakukan mengikut SOP

Dr Ahmad Sukari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia