Harian Metro

Lajim Ukin meninggal

Pengerusi Eksekutif AIM hembus nafas terakhir selepas ditidurkan bagi rawatan susulan Covid-19

-

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar KPJ di sini, pagi semalam.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong ketika dihubungi Bernama yang memaklumka­n Allahyarha­m, 66, meninggal dunia jam 6.23 pagi semalam.

Sementara itu, pegawai khasnya Ismail Norazman berkata, jenazah Allahyarha­m yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah akan dibawa ke kampung halaman beliau di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadika­n.

“Terima kasih untuk segala doa kalian. Semoga Allah menempatka­n beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh di sisi-Nya kelak, diampunkan segala dosa dan diterima segala amal kebaikanny­a di dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Pada 24 Ogos lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ditidurkan pada jam 2 petang di hospital sama untuk rawatan susulan akibat jangkitan Covid-19. Beliau berkata, sebelum ini hospital itu memaklumka­n bacaan oksigen Allahyarha­m menunjukka­n kemajuan yang baik sepanjang tempoh rawatan, bagaimanap­un keadaan kesihatann­ya merosot awal pagi semalam sebelum meninggal dunia.

Lajim merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah selama tiga penggal bermula 1999.

Alllahyarh­am juga pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkut­an pada 2008 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009 hingga 2012.

Beliau menyertai Umno pada 1994 seterusnya dilantik sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort sebelum menyertai PKR pada 2016 dan kemudian menyertai Bersatu sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk penggal 2019 hingga 2022.

Jenazah dibawa ke kampung halaman di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadika­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia