Harian Metro

Hanya 10 hotel dibuka di Port Dickson

-

Seremban: Kerajaan negeri mengingatk­an orang ramai di lokasi pelanconga­n supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas Negeri Sembilan beralih daripada Fasa Satu kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekali gus memberi peluang rakyat negeri itu mengunjung­i pusat dan pantai peranginan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya mendapati kedatangan pengunjung di lokasi pelanconga­n negeri sejak Jumaat lalu adalah di luar jangkaan.

Sebagai contoh di Port Dickson, beberapa pantai peranginan mula dikunjungi orang ramai bersama keluarga antaranya Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Bagan Pinang, selain beberapa pusat riadah berhampira­n Seremban dan Kuala Pilah seperti di Hutan Rekreasi Ulu Bendul.

“Bagi memastikan keselamata­n pengunjung serta mengelakka­n penularan pandemik Covid-19, Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD) mengambil inisiatif melaksanak­an pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di pantai peranginan di Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malahysia (MAH) Negeri Sembilan Haziz Hassan ketika dihubungi berkata, walaupun pengunjung dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan mula datang ke kawasan Port Dickson, bilangan hotel yang dibuka masih terhad.

Katanya, hanya kira-kira 10 hotel sahaja yang sudah memulakan operasi manakala yang lain bersikap berhati-hati berikutan kes Covid-19 di seluruh negara masih merekodkan jumlah tinggi.

“Pengusaha hotel tidak mahu terburu-buru untuk terus membuka operasi mereka walaupun Negeri Sembilan sudah beralih Fasa Dua PPN namun saya rasakan mungkin bermula awal September ini pembukaan hotel akan dibuat secara berperingk­at.

“Ini kerana mereka perlu menyediaka­n SOP yang ketat bagi mengelak penularan Covid-19 susulan kanak-kanak yang belum menerima suntikan vaksin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia